Nuffnang

Jumaat, 20 Januari 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Berita | Semoga Ibu <b>Fizo Omar</b> Kembali Sembuh | RentakArtis.com

Posted: 10 Jan 2012 11:16 PM PST

Kami tumpang simpati dengan nasib pelakon Fizo Omar yang diduga dengan ujian. Jika tahun lalu beliau kehilangan bapanya yang telah kembali ke rahmatullah. Baru-baru ini pula nama Fizo telah disalahgunakan bagi tujuan pinjaman wang bernilai jutaan ringgit.

Kini Fizo diuji lagi apabila ibunya terpaksa menjalani pembedahan akibat menghidap hernia (benjolan dalam perut). Menurut akhbar Metro, ini merupakan pembedahan kali kedua buat Puan Hasnah Jidin, 52.

Sama-samalah kita doakan agar Fizo sekeluarga dilindungi rahmat Allah. Semoga Fizo tabah menghadapi segala ujian yang diberikan kepadanya.

Bagi yang masih belum tahu, Fizo telah menulis sebuah buku masakan bertajuk 'Air Tangan Fizo Omar' yang diterbitkan oleh Karangkraf. Jangan lupa untuk dapatkannya di pasaran ok!


Full content generated by Get Full RSS.

Gosip, kontroversi , cerita-ceriti: <b>Fizo Omar</b> kena aniaya

Posted: 14 Dec 2011 06:26 AM PST

Fizo Omar kena aniaya

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.

Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.

"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.
- Kosmo

Tapi pelik gak bank ni.. Takkan sesenang ati je bagi lulus juta-juta .. Memang bengong betul

Related Posts : fizo omar, fizo omar bangkrap, fizo omar kena tipu

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan