Saiful Apek - Google Blog Search |
Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Saiful Apek</b> tidak kisah dibandingkan Posted: 11 Jan 2012 02:58 AM PST Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek mengakui sama sekali tidak kisah apabila dirinya mula dibandingkan dengan pelakon baru seperti Johan dan Nabil kerana menurutnya setiap pelakon komedi ada karakter dan peringat tersendiri. "Terus terang saya katakan yang saya tidak kisah kalau orang ramai di luar sana membandingkan gaya lakonan saya dengan pendatang-pendatang baru dalam bidang lakonan dan lawak jenaka apatah lagi seperti Johan dan Nabil yang sememangnya berbakat kerana bagi saya masing-masing punya formula tersendiri dalam membuat persembahan. "Malah saya sama sekali tidak tertekan bila ada cakap-cakap yang kata lakonan Johan dan Nabil dalam filem "Bujang Telajak" lebih menonjol daripada saya kerana ini bukan soal siapa lagi hebat atau siapa yang tidak hebat tetapi bagaimana kita dapat bekerja dalam satu kumpulan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik," jelas Saiful Apek atau mesra disapa Apek ketika ditemui sejurus selepas tayangan media filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini. Ketika ditanya mengenai persepsi segelintir pihak yang mengatakan kehadirannnya seakan seperti sudah tidak relevan digandingan dengan barisan pendatang baru yang nyata menjadi pujaan ramai ketika ini, Apek hairan mengapa perkara tersebut dipertikaikan. "Saya pun hairanlah, masa saya baru masuk bidang lakonan, tiada pula orang mempertikaikan mengapa saya boleh berlakon bersama dengan pelakon-pelakon otai tapi kini orang mempertikaikan pula sama ada saya masih relevan bergandingan dengan rakan-rakan baru. "Bagi saya senang saja, saya buat tidak kisah saja dengan pendapat minoriti ini kerana untuk berlawak atau melakonkan filem komedi sebegini, ianya seperti bermain dalam satu pasukan bola sepak. Harus ada pemain otai dan ada pemain baru dan mereka perlu bekerjasama agar dapat mewujudkan keserasian sesama mereka. Kesimpulannya pelakon mahupun pelawak otai dan baru saling memerlukan," ujar Apek lagi dalam nada berseloroh. Menyentuh tentang filem terbaru lakonannya yang menampilkan gandingan pertama kali dirinya, Johan dan Nabil bersama aktres jelita, Fazura menerusi filem arahan ke-33 A. Razak Mohaideen, Apek menyatakan yang dia amat berpuas hati dengan filem lakonannya dan rakan-rakan yang lain dalam filem ini. "Walaupun ia sebuah komedi yang ringan, namun ia sebenarnya sarat dengan pelbagai mesej tersirat. Saya amat berpuas hati dengan sambutan yang cukup baik daripada mereka yang telah menonton filem ini sebentar tadi. Kalau sudah satu dewan tergelak sakan, bermakna kami berjaya," kata Apek. Merupakan filem lakonan Apek yang ke -10, "Bujang Terlajak" yang bakal ditayangkan di pawagam 19 Januari ini, mengisahkan tiga sahabat baik yang bersaing sesama sendiri semata-mata merebut hati seorang gadis bernama Puteri yang hanya akan jatuh hati pada orang kelainan upaya (OKU) sehingga mendorong tiga bujang terlajak ini menyamar menjadi buta, pekak dan bisu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Saiful Apek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan