Nuffnang

Ahad, 15 Januari 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Gossip: Bakal Tunang <b>Izreen Azminda</b> Lelaki Bermasalah, Pernah <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 11:46 AM PST

Kisah yang kami terima melalui e-mail dari seorang individu dengan gelaran MJ ini boleh kita anggap sebagai gossip semata.

Kebenaran hanya tuan badan dan mereka yang benar benar rapat sahaja yang tahu. Panjang lebar MJ terangkan perihal Mohammad Riza Baharuddin (Riza).

Kepada anda yang tidak tahu lagi, Riza merupakan bakal tunang kepada bintang drama Juvana dan Tentang Dhia, Izreen Azminda yang mencetuskan beberapa isu tidak sedap di'dengar.

Antaranya adalah satu dakwaan dari seorang pengurus produksi bernama Rafeda yang mengatakan Riza merupakan tunangan beliau & Izreen Azminda merupakan perampas lelaki itu dari hidup beliau sebelum ini.

Izreen Azminda lantas menafikan tetapi mungkin perkhabaran melalui e-mail MJ ini boleh membuatkan aktress muda ini berfikir dua kali.

Riza di'katakan sebelum ini pernah berkahwin dengan Julia Daud yang juga merupakan bekas isteri Badrul Muhayat tetapi wanita itu di'tinggalkan sendiri ketika sedang sarat mengandung anak pertama mereka.

Tinggal untuk siapa? Ya, Rafeda yang mendakwa kekasih dan tunang kepada Riza dan e-mail ini turut mendakwa yang Riza pernah bercuti keluar negara bersama Rafeda — dan masih menyimpan segala gambar & video.

Rafeda turut di'dakwa pernah mengandung anak luar nikah bersama Riza dan lelaki ini mengambil keputusan untuk gugurkan kandungan Rafeda kerana ketika itu Riza masih bergelar suami kepada Julia Daud.

MJ menerusi e-mail yang sama juga merayu Izreen Azminda untuk bersemuka dengan Rafeda & juga Julia Daud untuk mendapatkan kepastian kisah yang beliau sampaikan ini. Hmmmm.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan