Nuffnang

Ahad, 15 Januari 2012

Nashrin - Google Blog Search

Nashrin - Google Blog Search


<b>Nashrin</b> Mystarz LG 2 Lancarkan Album Terbaru! | OHBULAN!

Posted: 11 Oct 2011 09:18 PM PDT

Bekas pemenang tempat kedua Mystarz LG 2 ini kini mampu tersenyum sendiri kerana selepas setahun menunggu, akhirnya Nashrin yang berada di bawah label Warner Music sudah mempunyai sebuah album sendiri berjudul Nashrin.

Album ini menonjolkan identiti Nashrin sebagai penyanyi bergenre pop dan OHBULAN! pasti ramai yang sudah mendengar beberapa lagu dari album ini di corong-corong radio tempatan.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi sekarang, dalam tempoh setahun saya belajar mengenali komposer-komposer dan untuk percubaan pertama, saya amat berpuas hati dan album ini adalah identiti saya." ujar Nashrin.

Nashrin yang juga seorang pekerja di sebuah bank di utara tanah air turut merancang untuk berpindah ke ibukota atas sebab kerjaya nyanyiannya.

"Saya sudah berbincang dengan majikan saya, dan mereka turut menyokong cita-cita saya. Yang penting ibu bapa turut menyokong dan memahami saya."

Album Nashrin ini memuatkan 5 buah lagu yang bertemakan rentak pop hasil karya komposer-komposer terkenal seperti Audi Mok, Acap, Kuncidemak, Neves dan Mohariz Yaakup.  Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini pula ialah, "Fobia Cinta", "Percaya Pada Luka", "Semuanya Mungkin", "Tanpamu Tiadalah Aku", dan "Ada Kamu".

OHBULAN! pasti sudah ramai yang mendengar lagu "Percaya Pada Luka", jadi anda bolehlah berkejar ke kedai muzik berdekatan untuk mendapatkan album terbaru Nashrin ini dengan harga RM20.90 sahaja. Pastikan original!

MV Percaya Pada Luka dari Nashrin selepas ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan