Pierre Andre - Google Blog Search |
<b>Pierre Andre</b> – Tidak Tahu Status Percintaan Sendiri | Posted: 25 Jan 2012 03:34 AM PST Sebelum ini Pierre Andre pernah menyatakan yang dia sedang bercinta dengan seorang gadis bertaraf kerabat diraja malah dia pernah menyatakan hasrat akan mengahwini gadis itu. Namun Pierre, telah memberitahu kepada laman Murai yang dia dan gadis itu sudah terputus hubungan.
Malah, Pierre telah menyerahkan soal cinta kepada takdir:-
Pierre yang merupakan bekas teman lelaki Yana Shamsuddin ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila terbabit hubungan cinta dengan seorang wanita yang 'tidak wujud'. Wanita itu, bernama Maya Darina Dahlan Hain dikatakan sekadar watak samaran seorang yang mengenali Pierre, namun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Apa pun kami bersetuju yang Pierre perlu lebih fokus kepada kerjaya untuk bersaing dengan pengarah-pengarah muda yang lain bagi menghasilkan filem-filem bermutu. Yang lepas, jangan dikenang. Move on, and forward! Baca Yang Ini Pulak:- |
Niat <b>Pierre Andre</b> Kahwin Gadis Diraja Pudar Posted: 25 Jan 2012 04:00 AM PST berita |
Tempatan
Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Hajat pelakon dan pengarah Pierre Andre, 26, untuk mengahwini gadis berketurunan kerabat diraja yang dikenalinya sebagai kekasihnya sejak lebih tiga lalu, semakin pudar apabila dia akui kini sudah setahun tidak berjumpa dan berhubungan lagi. Malah, kini Pierre Andre memberitahu dia sendiri masih tidak pasti mengenai status hubungan yang terjalin bersama gadis berketurunan diraja tersebut. "Saya tak tahu hendak sifatkan hubungan kami kini bagaimana, kerana kami sudah tidak berhubung dan berjumpanya hampir setahun . "Saya juga tak pasti di mana silapnya. Biarpun niat untuk berkahwin dengannya sebelum ini sudah ada. "Saya hanya berserah kepada jodoh dan takdir. Tidak mahu terlalu memikirkannya lagi. Apa yang paling penting sekarang adalah keluarga dan kerjaya saya sebagai pengarah dan pelakon," luahya yang ditemui selepas majlis Kesyukuran dan Gong Xi Fa Cai MIG, baru-baru ini. Pertengahan tahun lalu, Pierre akui sedang berkawan dengan gadis tersebut dan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Tidak mahu memberatkan dirinya dengan masalah cinta, Pierre akui dia kini lebih matang berfikir tentang kerjanya sebagai seorang pengarah. "Saya rasa ideologi saya kini sudah berubah. Jika dahulu saya suka lebihkan diri saya dengan soal cinta, berbeza pula kini kerana apa yang penting adalah kerjaya saya. "Saya mahu tumpukan diri saya dengan bidang pengarahan. Malah sejak bersama Metrowealth (MIG), saya banyak diberi peluang untuk mengarah. "Saya mahu seiring dengan rakan-rakan yang sama-sama mula mengarah dengan saya seperti Syamsul Yusof dan Farid Kamil yang kini sudah semakin berjaya. "Jadi saya tidak mahu lagi ketinggalan dan akan berusaha untuk menjadi pengarah terbaik sebaris dengan mereka," katanya lagi. Di bawah naungan MIG, Pierre sudah pun selesai mengarahkan filem aksi pertamanya iaitu 1 Lawan Satu dan juga berlakon dalam filem 3 Temu Janji dan X serta sedang menjalani penggambaran filem Strawberry Cinta. Meskipun sudah berada di bawah naungan MIG, namun Pierre berkata dia gembira kerana diberi kebebasan untuk berkarya di luar. "Walaupun sudah menandatangi kontrak sebanyak 10 filem bersama MIG, namun saya masih lagi boleh berkarya dan mengarahkan filem Aku Kau & Dia yang diterbitakan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd. "Saya rasa MIG kelongaran yang diberi oleh MIG sangat berbaloi sebagai seorang pelakon dan pengarah seperti saya," tambahnya lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pierre Andre - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan