Nuffnang

Sabtu, 28 Januari 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


<b>Zul Handy Black</b> Lakonkan Aksi Ghairah Dalam Keramat | jom lepak <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 08:12 AM PST

Zul handy black dulunya berlakon dalam filem Mantra dengan berani berbogel tanpa seurat benang, jawapan Zul dia lakukan atas sebab kerja dan profesional. Kali ni dalam filem Keramat Zul tidak lah melakonkan aksi berbogel tu lagi, cuma kureng sikit la, dia cuma pakai kain batik je, lepas mandi kemudian dia digoda oleh 2
wanita iaitu lakonan Mon Ryanti dan Diana Amir.
Pengarah filem Keramat ialah Azahari Zain dan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Januari.

 Pelakon lain dalam Keranat ialah Diana Amir dan Mon Ryanti, filem seram Keramat turut ibintangi oleh Rebecca Nur islam, Putri Mardiana dan Hairul Azreen.
Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kuala Selangor itu, mengisahkan mengenai pasangan yang baru berkahwin yang telah didatangi dengan gangguan dan misteri dari tongkat keramat.

 Apa komen Zul mengenai lakonan babak panas dia digoda dalam bilik mandi oleh adik iparnya yang dirasuk tu..

"Terus-terang, saya terasa malu untuk melakukan adengan digoda oleh pelakon Diana Amir dan Mon Ryanti ketika masing-masing berkemban.
"Alhamdulilah, saya dapat mengawal iman saya ketika itu. Cuma susah untuk saya sampaikan kepada penonton yang saya seperti tergoda kerana sebaliknya tidak.
"Berbeza dengan Mantra, kali ini saya tidak lagi berbogel tetapi hanya bertuala sambil digoda dengan aksi ghairah mereka berdua.
"Namun semua itu saya lakukan hanya di atas kehendak pengarah dan saya cuma sampaikannya supaya penonton dapat gambaran yang jelas,
 
"Biarpun ada yang tidak boleh terima dengan aksi berbogel saya, namun selepas ini saya masih tetap tidak akan menolak jika ada mana-mana filem meminta saya untuk melakukan aksi sebegini.
"Saya cuma tak mahu play safe sahaja bila berlakon kerana saya sukakan cabaran.
"Alhamdulilah, isteri saya orang yang sangat menyokong saya dari semua sudut. Malah dia tidak kisah jika dikehendaki saya berbogel sekali lagi,
"Apa nak risau. Macam saya cakap tadi, saya buat atas dasar logik dan profesional. Lagipun ketika bersama Handyblack 12 tahun lalu, macam-macam sudah saya lalui. Saya menceburi bidang lakonan untuk tunjukkan kebolehan saya. Tak sangka pula apabila terbabit dalam arena ini, kredibiliti saya tercabar dan dicabar dengan adegan panas tetapi tidaklah melampaui batasan.
"Setakat ini, belum ada yang labelkan saya simbol seks. Kalau mahu gelaran itu, bagi saya kenalah berani buat melebihi apa yang saya sudah buat. "Apapun tanggapan masyarakat nanti, saya mengharapkan filem ini dapat diterima baik. Pengarah dan barisan pelakon sudah berikan yang terbaik dan kami harapkan magis berlaku terhadap Keramat,"

Filem Keramat ni ada pelakon Diana Amir yang kini sudah bertudung, apabila keluar  filem Keramat pastinya Diana Amir berkemban..alahai kesian betul pada Diana, dia sudah semestinya malu apabila tubuh badannya dipamerkan lagi sebegitu.

Sinopsis filem Keramat
Mengisahkan seorang lelaki bernama Habib yang hidup pada 1900, difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Habib dipukul penduduk kampung diketuai Jabar, abang Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang menutup wajahnya ditarik orang kampung dan berlakulah peristiwa dahsyat di mana semua penduduk kampung mati kerana cahaya terang yang terpancar daripada rupanya. Di zaman ini pula, kehidupan dua beradik Nazmir dan Nasti (Hairul Azreen) mula dihantui pelbagai kejadian pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi dalam kandungan Syazura (Rebecca Nur Al-Islam), isteri Nazmir. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar, sekali gus mendedahkan sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

Full content generated by
Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan