Nuffnang

Ahad, 26 Februari 2012

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Stacy, <b>Akim</b> hiasi majalah By&#39;U

Posted: 19 Feb 2012 09:10 PM PST

Akim dan Stacy kini dipertemukan dalam sebuah Majalah By'U yang dipetik daripada laman forum Cari baru-baru ini. Memang ternampak sangat kemesraan Akim dan Stacy dalam majalah ni, dan tidak dapat dipastikan adakah 'dogeng' merepa hanya lah topeng semata-mata di dalam percintaan mereka berdua. Tak kisahlah, kalau ada jodoh, dorang kahwin juga tu. Hehe.

Selain itu, ada juga kelibat seorang pemain bola sepak yang mahu menjadikan dirinya dikenali ramai, dan mungkin sudah dikenali oleh peminat bola sepak tempatan, iaitu kemunculan Wan Zack Haikal dalam majalah berkenaan. Dah ramai sekarang atlet bola sepak menghiasi majalah selebriti, kuat aura nampak.

-Komen yang tidak berkenan admin, akan di BANNED Facebook miliknya daripada terus berkomen. tq.

BERITA ARTIS - <b>Akim</b> Pose Di Tengah Jalan Demi Kulit Album - GUA

Posted: 22 Feb 2012 08:00 AM PST

GUA tentu ramai yang dah lama nak dengar khabar artis muda, Akim Ahmad ini. Bakal bersaing dalam rancangan realiti terbaru Astro, Mania, Akim ditemui GUA ketika sidang media rancangan berkenaan di White Box, Solaris Dutamas semalam.

"Sejujurnya, Akim gembira dengan penglibatan Akim dalam rancangan ini. Bukan mudah nak berkerjasama dengan nama-nama hebat dalam penerbitan album ini. Tambahan pula, persaingan secara sihat dengan rakan artis lain juga turut menjadi faktor mengapa peminat kena tengok rancangan ini", ujar bekas peserta Akademi Fantasia 7 ini.

Mengulas mengenai perkembangan terkini beliau, Akim baru sahaja selesai menjalani sesi fotografi untuk kulit album pertamanya yang akan menemui peminat dalam masa terdekat. Album yang turut memuatkan single-single hebat Akim terdahulu seperti Bengang, Inilah Cinta dan Janji bakal mengubati penantian peminat Akim selama ini.

"Akim baru sahaja lepas buat 'photoshoot' dekat 3 lokasi termasuklah terowong KTM, Pavilion dan berdekatan KL Sentral. Pengalaman buat 'cover' album ini memang seronok dan mencabar. Bayangkan, Akim kena berdiri di tengah-tengah lintasan 'Zebra' berdekatan Pavilion dalam kesibukan trafik untuk dapatkan 'shot' yang baik", ujar anak muda berusia 21 tahun ini.

Akim turut memberitahu album pertama beliau ini merupakan sebuah album yang istimewa. Tidak menetapkan sebarang genre pilihan, Akim yang berpegang kepada konsep muzik tanpa batasan berpendapat muzik seharusnya diterima secara universal dan terbuka oleh semua penggemar muzik.
Ketika ditanyakan tentang perkembangan Akim dan peminat, anak muda ini telah muncul dengan satu jawapan menarik.

"Pada Akim, Akim lebih suka gunakan perkataan kawan-kawan untuk gantikan istilah peminat. Sebab mereka ni semua dah banyak sokong karier seni Akim dan Akim sangat menghargainya. Akim anggap semua sebagai kawan-kawan Akin yang berada bersama Akim waktu senang atau susah. Merekalah yang jadi tulang belakang kerjaya Akim selama ini', jelas Akim

Tambah Akim lagi, beliau mengharapkan sokongan yang berpanjangan untuk terus berkarya di persada seni tanahair ini. Pada yang merindui kemunculan Akim, jangan lupa saksikan Mania bermula 17 Mac ini di saluran Astro Ria. Album terbaru beliau yang menggunakan judul 'Akim Ahmad' semestinya menjadi buah tangan paling berharga buat peminat-peminat Akim di luar sana. GUA doakan yang terbaik untuk Akim!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan