Nuffnang

Ahad, 26 Februari 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


&#39;Harap FFM25, 2012 guna Prompter..&#39;, <b>Vanidah Imran</b> ~ amy ikram <b>...</b>

Posted: 11 Dec 2011 10:20 PM PST

Penganjuran Festival Dokumentari Malaysia 2011 (FDM 2011) kali ke-3, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merupakan antara festival yang cukup cemerlang dari segi penganjurannya. Pengumuman setiap pemenang bermakna berakhirnya sesebuah festival. Malam Anugerah Festival Dokumentari Malaysia 2011, yang diadakan di Studio Sound Stage, Finas malam semalam merupakan antara malam anugerah di Malaysia yang diterbitkan oleh penerbit terkenal, Jennifer Thompson. Dihadiri beberapa tetamu VIP, iaitu YBhg Datuk Hj. Effendy Dato' Hj. Hamdan (Pengerusi Finas) , dan YBhg. Datuk Hj. Abdul Ghaffar Thambi (Timbalan Ketua Setiausaha KPKK Kebudayaan). Namun begitu, kehadiran mereka adalah bagi mewakili Y.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri KPKK), yang tidak dapat datang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menariknya, festival yang dihoskan oleh pengacara, pelawak dan pelakon versatil, Harith Iskandar berjaya menjadikan malam anugerah FDM 2011 merupakan antara malam cukup simple, dan gilang-gemilang. Dari segi atur cara majlis sehinggalah kepada persembahan, FDM membuktikan ia lebih hebat dari penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24, 2011. Ketika berucap semasa menyampaikan satu anugerah pada malam FDM, pelakon Vanidah Imran dalam satu kenyataannya, mahukan penganjuran FFM25, 2012, tahun hadapan, menggunakan teknologi prompter keseluruhannya. Teknologi ini amat penting bagi sesebuah program yang menggunakan MCP , kerana ia sedikit sebanyak membantu kelancaran majlis khususnya pada pengacara, penyampai dan persembahan seseorang artis secara solo mahupun berkumpulan.
Kemunculan YB Datuk Mahyidin Mustakim, Bekas KP Finas semasa menyampaikan Anugerah Pengarah Harapan Terbaik di malam FDM mendapat sorakan hebat dari hadirin dan tetamu yang datang. Apa yang mengejutkan pada malam itu ialah pengarah dan penerbit dokumentari 'Truth About Supermokh' yang memenangi kategori Pengarah Terbaik, naik ke atas pentas bersalaman dengan Datuk Mahyidin Mustakim, lantas menyebut 'Thanks Datuk KP!'.. Ini agak spontan, dan tidak boleh disalahkan. Apakah pemenang lupa yang FINAS kini diterajui ketua pengarah yang baru, Mohd Naquib Razak?. Diharapkan tidak akan timbul sebarang kontroversi membabitkan adegan tersebut.
Justeru, boleh dikatakan penganjuran FDM kali ke-3 tahun ini agak cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya. Ia satu kejayaan FINAS yang diterajui Ketua Pengarah Mohd Naquib Razak. Diharapkan pada tahun-tahun akan datang ia akan bertambah gemilang, barangkali akan disiarkan secara langsung di kaca tv tempatan mahupun di saluran dokumentari antarabangsa. Syabas FINAS.. Ke Persada Dunia..
p/s: Mengharapkan FDM kali ke-4 di adakan di Panggung Sari, Istana Budaya, KL pulak ye.. baru gah sedikit. Apapun teman mahu menengok anugerah mana yang berani di adakan di Istana Budaya!. Tepuk dada Tanya Selera..
*Senarai penuh pemenang FDM 2011 akan diupdated secepat mungkin*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan