Angin turut bertiup kencang yang mengatakan Fasha Sandha memilih sebuah hotel paling mahal di Jakarta, Indonesia sebagai lokasi pernikahan dan juga resepsi mereka yang hanya akan dihadiri 100 orang tetamu sahaja. Kalau benarlah begitu, maka memang betullah bahawa Fasha dan Jejai memilih lokasi di luar Malaysia sebagai saksi hari bahagia mereka berdua.Dalam pada kesibukan Fasha membuat persiapan perkahwinannya dan juga penggambaran drama, dia dan pasangannya ada menerima lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan itu. Antara pereka fesyen yang telah datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.
Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.
Fasha juga telah menempah dan membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan