Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Nur Fazura</b> sudah ada pilihan hati

Posted: 09 Feb 2012 06:00 PM PST

Bagi wanita di luar sana yang menggilai dunia fesyen seharusnya tidak lupa untuk mejadikan wanita dan juga aktress yang mula dikenali dengan drama "Gol & Gincu" sebagai ikon fesyen mereka. Nur Fazura Sharifuddin sememangnya kini kelihatan begitu 'versatile' dengan fesyen wanita anggun jika ditemui di mana-mana majlis.

Mungkin sudah merasakan beliau cukup matang berbicara tentang cinta, Nur Fazura Sharifuddin meluahkan isi hati bahawa sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga pada bila-bila masa. Beliau juga menegaskan bahawa akan tetap dengan pendirian untuk tidak berlakon selepas mendirikan rumahtangga kelak.

Hubungan beliau bersama seorang kerabat diraja seperti tidak perlu diperkatakan lagi dek kerana sudah heboh mengatakan perkara tersebut. Namun yang pasti untuk mendapatkan kesahihan dari Fazura sendiri, beliau jarang untuk memberi respon mengenai isu percintaannya.

Beliau juga berkata bahawa usianya sudah meningkat dan pasti cara pembawakan diri dan kehidupan perlu ada perubahan, beliau mengakui bahawa disebabkan pendiriannya itu, beliau menolak tawaran untuk berlakon di dalam filem "Istanbul Aku Datang" arahan Bernard Chaudly.

Dipetik dari laporan akhbar Berita Harian "Saya akui disebabkan pendirian saya tidak mahu lagi berlakon untuk babak bersentuhan yang pernah dibawannya dulu antara faktor mengapa beliau menolak tawaran untuk berlakon di dalam filem "Istanbul Aku Datang". Jika ada tawaran yang hadir sebelum saya mendirikan rumahtangga nanti saya akan pastikan babak bersentuhan tidak timbul dan apa yang diperlukan adalah kreativiti dari pengarah sendiri untuk menghidupkan sesebuah cerita tanpa memerlukan aksi bersentuhan," ujarnya lanjut mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan