Nuffnang

Selasa, 28 Februari 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Aqasha & <b>Intan Ladyana</b> Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 06:23 PM PST

Kisah Cinta Dua Darjat Versi Moden Dalam Telemovie Blueberry Café Lakonan Aqasha Dan Intan Ladyana di TV1

Pengaruh plot cerita yang mengangkat kisah cinta sememangnya memiliki tempat di hati penonton. Apatahlagi bila mengangkat jalan cerita kisah cinta antara pasangan kekasih yang berbeza latar belakang dan darjat.

Kali ini giliran pelakon Aqasha dan Intan Ladyana pula mengambil tempat hadir membawakan watak utama kisah percintaan antara dua darjat berbeza menerusi drama terbaharu bakal disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Blueberry Café pada 26 Februari (Ahad), jam 10.00 pagi di TV1 yang turut dibantu oleh Zaibo, Norlia Ghani, Mustapha Kamal dan Jasmin Hamid.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Telemovie ini berkongsi kisah Melati bekerja sebagai pelayan di sebuah café kecil, Blueberry Café. Melati seorang gadis yang berperwatakan menarik, lucu, sinikal dan lincah. Dalam bidang akademik, Melati tidaklah begitu cemerlang tapi dalam hidup dan pergaulan, Melati seorang gadis yang bijak dan matang.

Menyedari dalam bidang akademik dia tidak begitu berjaya, Melati berazam untuk memajukan dirinya dalam bidang berniagaan. Dia bercita-cita mahu memiliki francais café dengan konsepnya sendiri di masa depan.

Melati sebenarnya boleh dikatakan anak orang berada. Ayahnya, Che Rose seorang pemborong ikan yang berjaya. Nama Che Rose tidak sepadan dengan orangnya kerana Che Rose adalah seorang lelaki yang gemuk, buncit, selalu berpeluh, kelam-kabut dan selekeh. Ini berbeza sama sekali dengan perwatakan Melati yang cantik dan menarik.

Namun kehidupan Che Rose bersama anaknya Melati sangat sederhana. Mereka tinggal di rumah kampung tepi laut yang biasa-biasa saja. Kehidupan mereka sangat sederhana, Walaupun ayahnya berjaya dalam bidang hasil laut, tapi Melati lebih berminat dalam bidang restoran dan tetap bekerja di Blueberry Café dengan gaji kecil walaupun selalu ditentang oleh ayahnya.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Satu malam, ketika mahu menutup Blueberry Café, dia didatangi oleh seorang pemuda bernama Ben. Melati terpaksa juga melayan pelangan terakhirnya itu dengan minuman Mocha panas dan kek Blueberry yang menjadi kesukaan Ben. Di Blueberry Café itulah perkenalan Melati dan Ben bermula dan cinta mereka berputik. Ben selalu datang ke Blueberry café sebagai pelangan yang terakhir setiap malam.

Ben ialah anak tunggal kepadaTan Sri Bakhtiar. Bakhtiar dan isterinya Rosnah terlalu mengongkong hidup Ben. Mereka yang membuat segala keputusan untuk Ben samada dalam bidang pelajaran, teman wanita dan aktiviti sosial. Ben tertekan dengan sikap ibubapanya yang terlalu mengawal hidupnya sehingga tiada ruang kebebasan. Jiwa Ben kosong dan sunyi.

Ben cemerlang dalam bidang akademik dan seorang pelajar yang pintar. Dia anak yang baik, sentiasa menurut perintah dan tidak pernah membantah apa saja kemahuan orang tuanya walaupun prinsipnya selalu bertentangan, Sikap Ben selepas dia bertemu Melati. Cinta membuatkan Ben tekad mengejar kebebasan untuk memilih. Melati yang mulanya enggan menerima cinta Ben, akhirnya tertawan dengan kesungguhan dan keikhlasan Ben menyintainya.

Akhirnya Tan Sri Bakhtiar mendapat tahu tentang hubungan Ben dan Melati lalu berusaha memisahkan mereka dengan rancangan untuk menghantar Ben menyambung pelajaran di Harvard. Tan Sri Bakhtiar menganggap gadis pelayan seperti Melati tidak layak berada di sisi anaknya.

Kisah antara dua darjat berulang. Bagi Bakhtiar, Melati hanya mengambil kesempatan di atas kekayaan keluarganya. Bakhtiar juga menghina Che Rose yang dianggap cuba menjual anak. Che Rose terluka dengan kata-kata penghinaan itu.

Lalu bagaimanakah penghujung kisah cinta mereka? Saksikan telemovie Blueberry Café di TV1.

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Aqasha & Intan Ladyana Bercinta dalam Telemovie Blueberry Café

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Intan Ladyana & Kamal Adli di ABPBH2010
  • Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG
  • Gambar Jehan Miskin dan Intan Ladyana Dalam Drama Suria Kasandra
  • Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010
  • Gossip Kontroversi Gambar Bogel Intan Ladyana; Bukan Gambar Betul?
  • Gossip Intan Ladyana dan Kevin Zahri Berpisah?
  • Gambar Intan Ladyana di Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Kamal Adli di Karpet Merah ABP 2009
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan