Nuffnang

Jumaat, 17 Februari 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Apa dah Jadi Dengan <b>Fizz Fairuz</b> Dan Almy Nadia | Berita Semasa <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2011 11:12 PM PDT

Home » Latest » Apa dah Jadi Dengan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia
By Melodi

Posted on 23 Jun 2011 at 2:12pm

Kongsi di FB

fizz fairuzz dan almy nadia Apa dah Jadi Dengan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia

Sebelum ini, Fizz Fairuz telah membuat kecoh satu malaysia apabila dia dan Liyana Jasmay bermadu kasih di twitter dengan panggilan manja seperti tengah mabuk bercinta. setelah disoal oleh pihak media, rupanya itu hanyalah gurauan tak berasas dari mereka, entah apa tujuan mereka hanya tuhan saja yang tahu. Tetapi hal itu bukan senyap begitu sahaja sebab bagaimana dengan kekasih hati Fizz Fairuz berkenaan perkara ini, Almy nadia say no komen untuk perkara itu.

Isu itu dengarnya telah menjadikan hubungan yang dibina selama 5 tahun antara Almy Nadia dan Fizz Fairuz sedikit bergoncang oleh kerana isu itu memang agak menyentuh hati jika ia terjadi kepada sesiapa sahaja pasangan yang bercinta. Fizz Fairuz mendakwa yang beliau masih berhubung dengan Almy Nadia.

"Mungkin saya seorang yang peramah dan suka berkawan, jadi orang salah anggap tentang saya. 'Nakal-nakal lelaki' pada saya biasalah kalau kita berjumpa dan kemudian berkenalan. Walau apapun, saya masih lagi dengan Almy.
"Saya masih lagi berkawan dengan dia. Masih lagi berhubung. Mungkin nampak kami renggang sebab sebulan saya sibuk berlakon untuk filem, kemudian sebulan selepas tu saya menghidap penyakit mata. Saya tidak dibenarkan untuk keluar dan jumpa sesiapa. Tapi pada masa yang sama kami masih berhubung seperti biasa."

Fizz Fairuz ni tengah sibuk melakukan pengambaran untuk drama 'Stanza Cinta' yang dilakonkan bersama Aaron Aziz dan Fathia. Fizz Fairuz juga mengatakan akan mendirikan rumahtangga bila sampai seru. Bila la seru tu nak sampai ya.

Incoming search terms:

lg share en Apa dah Jadi Dengan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

Ibu <b>Fizz Fairuz</b> Desak Kahwini Almy Nadia | Berita Semasa, Gosip <b>...</b>

Posted: 04 May 2011 11:31 AM PDT

Home » Latest » Ibu Fizz Fairuz Desak Kahwini Almy Nadia
By Melodi

Posted on 05 May 2011 at 2:31am

Kongsi di FB

fiz Ibu Fizz Fairuz Desak Kahwini Almy Nadia Fizz Fairuz

PElakon yang popular dengan lakonan spontan dan menarik ini mengakui yang ibunya mendesak agar dia segera mengahwini pelakon Almy Nadia. Katanya perkara tersebut sudah sering berlaku kerana orang tuanya mahu melihatnya berumahtangga dengan segera.

"Sejujurnya, saya belum terfikir bila yang waktu paling sesuai untuk mengahwini Almy. Memang orang tua saya sudah bertanya beberapa kali tentang perkara itu.

"Cuma, buat masa ini kalau boleh saya ingin Almy mengembangkan lagi kerjaya lakonannya sebelum kami berkahwin," katanya yang ditemui selepas pratonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM) di TGV KLCC, di sini, Rabu.

pelakon nurkasih Ibu Fizz Fairuz Desak Kahwini Almy Nadia Pelakon Nurkasih

Bila berbicara mengenai lakonan terbarunya dalam NKTM,  Fizz amat berpuas hati dengan lakonannya dalam filem tersebut.

"Saya menjadi sebak apabila menonton filem ini kerana membayangkan beban dan dugaan yang terpaksa digalas oleh watak saya iaitu Aidil.

"Dalam filem ini saya kematian isteri dan terpaksa menjaga dua anak yang masih kecil selain perlu menyelesaikan masalah dalam rumah tangga Adam (lakonan Remy Ishak).

"Untuk pertama kali juga saya dapat melihat diri saya yang berbeza sebagai pelakon. Seolah-olah bukan diri saya yang melakonkan watak itu,"

Lakonan Fizz dalam Nur kasih sebelum ini pun memang mantap dan menyerlah. wataknya amat bersesuaian dengan tuan punya badan. icon wink Ibu Fizz Fairuz Desak Kahwini Almy Nadia

Incoming search terms:

lg share en Ibu Fizz Fairuz Desak Kahwini Almy Nadia

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

Tiada ulasan:

Catat Ulasan