Nuffnang

Jumaat, 17 Februari 2012

Nur Fazura - Google Blog Search

Nur Fazura - Google Blog Search


<b>Nur Fazura</b> Artis Eksklusif-Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 04:20 PM PST

NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa saja dan meminta peminat mendoakan kebahagiannya. Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dirinya sambil menegaskan 'biar waktu yang menentukan segala-galanya'.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.

Sertai Kuiz 'Dont Go Breaking My Heart' sempena Valentine Day

Kisah mengenai Nur Fazura bercinta dan akan berkahwin dengan orang kenamaan atau bangsawan sudah lama menjadi bualan ramai. Banyak gosip atau andaian tersebar di kalangan media mahupun yang tidak disiarkan oleh mana-mana penerbitan.

Apabila membicarakan soal perkahwinannya, dia tidak akan mengetepikan media untuk membantu mengumumkan hari bahagianya.

"Saya tidak lupakan media yang banyak berjasa membantu membina nama dalam bidang ini. Mereka sering menyiarkan dan memaparkan cerita kejayaan saya, mengapa tiba saat untuk berkahwin, saya mahu melupakan mereka.

"Biarlah saat-saat penuh bermakna itu dikongsi bersama rakan media. Saya anggap media adalah rakan baik," kata Fazura ditanya apakah bakal mengadakan sidang media bagi mengumumkan hari bersejarahnya itu.

Mungkinkah detik itu semakin dekat kerana Nur Fazura sejak kebelakangan ini sering membayangkan dia akan bersara selepas bergelar isteri. Malah dia kini semakin cerewet memilih watak dan antara syarat yang dikenakan adalah tidak membabitkan babak sentuhan keterlaluan.

"Apabila menetapkan syarat sebegitu, bukanlah bermakna saya mengada-ngada. Cuma dalam usia sekarang, saya mahu kurangkan babak bersentuhan yang keterlaluan.

Kalaupun babak itu perlu dalam sesebuah cerita, mungkin ia boleh dihasilkan dengan cara paling kreatif. Terpulang kepada kreativiti pengarah itu," katanya sambil memberitahu antara sebab dia tidak dapat berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly adalah kerana berpegang teguh pada pendiriannya itu.

Kelibat Nur Fazura juga kini semakin jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan. Sebaliknya, dia yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati dan Qaisy Dan Laila ini hanya akan muncul bertemu wartawan apabila ada produk terbaru untuk dipromosikan.

"Memang ada wartawan mahu membuat sesi fotografi tetapi mereka mahu saya bercerita mengenai perkara kontroversi. Disebabkan itu saya menolak pelawaan mereka. Cukuplah sebelum ini banyak cerita kontroversi mengenai saya dipaparkan," katanya bagi menjelaskan kononnya dia mahu menjadi artis eksklusif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan