Nuffnang

Jumaat, 17 Februari 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Mengemis Cinta Dari Johan Asaari | Berita Semasa <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2011 06:34 AM PDT

Kongsi di FB

cikgu zakiah botak Izreen Azminda Mengemis Cinta Dari Johan Asaari

Kepada peminat drama juvana tentunya anda sangat mengenali dengan cikgu zakiah yang cun dalam drama tersebut, Izreen Azminda dikatakan meminati johan Asaari (botak) yang sekarang ini memang tengah hangat dan hot sejak muncul pula dalam drama terbaru bersama fasha sandha, Cinta Elysa. Katanya,botak telah melupakannya setelah mula berkawan rapat dengan fasha, Mungkinkah mereka pernah bercinta sebelum ini, kalau tidak kenapa Izreen 'kedengaran' cemburu?

Baca lagi cerita ini bersama Izreen yang ditemuramah oleh Utusan.

izreenazminda3 Izreen Azminda Mengemis Cinta Dari Johan Asaari

ADA yang kata Izreen terasa dengan Johan sebab dia nampak mesra dengan Fasha dalam drama Cinta Elysa. Betulkah?

Memang saya terasa dan terkilan dengan dia. Sebab dia bersikap dingin dan tidak endahkan saya sejak mula berlakon dalam drama itu. Tiba-tiba keluar pula gambar-gambar dan kata-kata macam orang bercinta di Internet. Mestilah saya terasa.

Jadi betullah khabar angin mengenai awak dan Johan bercinta?

Memang kami ni tak sampai ke tahap bercinta, sampai nak kahwin. Tapi hubungan kami sangat rapat. Rapat sejak kami digandingkan dalam drama Juvana tempoh hari. Tapi hubungan itu semakin renggang bila Johan berlakon dalam Cinta Elysa.

Kalau kawan kenapa nak terasa sangat? Atau memang suka dengan Johan?

Saya mengaku yang saya suka pada Johan. Dulu masa mula-mula bertemu, sumpah! Saya memang langsung tak suka dia. Tapi dia pandai berbual dan ambil hati sampai saya mula selesa dan suka pada dia. Saya percaya sesiapa pun akan tertarik dengan dia. Mungkin karakter dia memang begitu.

Jadi apa masalahnya?

Kalau tak bercinta sekali pun, sebagai seorang sahabat yang rapat dengan dia, kenapa secara tiba-tiba dia berubah dan tak endahkan saya selepas terlibat dalam drama itu? Dulu hampir setiap hari dia akan menghubungi dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada saya. Dulu cakap dengan saya lain, sekarang lain pula.

Apa yang pernah dia cakap pada Izreen?

Saya tak mahu dedahkan. Biarlah itu antara saya dan dia sahaja yang tahu kebenarannya.

Apa reaksi Izreen bila tengok gambar dan kata-kata ala cinta antara Johan dan Fasha di Tweeter?

Pada mulanya saya tak tahu pun. Kawan-kawan yang beritahu dan tunjuk. Bayangkan perasaan saya bila tengok tu semua. Memanglah kalau boleh saya tak mahu fikir sangat. Tapi kawan-kawan sekeliling bertanya macam-macam hal dan semuanya ditala pada saya. Mestilah saya tertekan. Nak jawab apa pun tak tahu. Iyalah sebab orang tahu kami sangat rapat.

Apakah Izreen anggap Johan mengkhianati hubungan kalian?

Kalau cakap pasal perasan, sebenarnya bercampur-baur. Rasa kecewa, rasa dipermainkan, rasa bodoh semua ada! Tak adalah, saya ni pun berlakon juga, tapi ada ke saya nak bergambar macam tu dan bagi ucapan-ucapan manja dalam Tweeter dengan pelakon lelaki lain?

Mungkin Johan tak biasa lagi dengan realiti drama dalam industri hiburan, mudah dipermain-mainkan. Apa komen Izreen?

Dia orang baru. Mungkin dia teruja dapat berlakon dengan seorang pelakon cantik. Saya masih ingat lagi, dulu masa mula-mula dia berlakon, nak bergambar dengan perempuan pun dia segan-segan. Ada sekali siap berdoa sebab terlalu gementar. Tapi betullah orang cakap. Manusia boleh berubah. Dia mungkin akan kata yang ia sekadar lakonan.

Apa nasihat pada Johan?

Saya harap dia tak berubah hanya kerana sudah semakin popular sekarang. Orang kata macam kejutan budayalah. Saya juga harap dia lebih berhati-hati dan pandai membawa diri. Lagi satu, saya sebenarnya tak berdendam dengan dia. Memang saya terkilan tapi itu bukan alasan untuk saya tidak bersikap profesional seandainya kami digandingkan lagi dalam projek drama seterusnya.

Incoming search terms:

lg share en Izreen Azminda Mengemis Cinta Dari Johan Asaari

Post Lain Yang Patut Dibaca

Read Also

Tiada ulasan:

Catat Ulasan