Fasha Sandha - Google Blog Search |
Perkahwinan <b>Fasha Sandha</b> & Jejai-Dapat Tajaan Mewah | ct N honey Posted: 08 Feb 2012 10:56 PM PST Rasanya semua tertanya-tanya tarikh sebenar perkahwinan pelakon seksi lagi sensasi, Fasha Sandha bersama pasangannya Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai. Namun, dengarnya pelakon cantik itu dijangka akan menamatkan zaman bujangnya sama ada sebelum atau selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011(ABPBH 2011), 8 April ini. Sekiranya Fasha Sandha memilih sebelum berlangsungnya ABPBH 2011, maka tarikh kelahirannya yang ke 28 iaitu pada penghujung Mac depan akan menjadi tarikh keramat untuk mereka diijab kabulkan. Angin turut bertiup kencang yang mengatakan Fasha Sandha memilih sebuah hotel paling mahal di Jakarta, Indonesia sebagai lokasi pernikahan dan juga resepsi mereka yang hanya akan dihadiri 100 orang tetamu sahaja. Kalau benarlah begitu, maka memang betullah bahawa Fasha dan Jejai memilih lokasi di luar Malaysia sebagai saksi hari bahagia mereka berdua. Dalam pada kesibukan Fasha membuat persiapan perkahwinannya dan juga penggambaran drama, dia dan pasangannya ada menerima lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan itu. Antara pereka fesyen yang telah datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations. Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri. Fasha juga telah menempah dan membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza. Bukan saja pereka fesyen, Fasha nampaknya sudah memilih jurusoleknya sendiri untuk mendandan rapi rupa parasnya yang menarik ketika majlis nikah dan resepsi itu nanti. Fasha tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan kelainan di hari bahagianya. Baca lagi kisah perkahwinan Fasha disini |
Jejai Dan <b>Fasha Sandha</b> Hadiri Kursus Kahwin, Tarikh Pernikahan <b>...</b> Posted: 04 Mar 2012 05:09 AM PST Jeng jeng jeng. Nampaknya tarikh pernikahan pelakon popular Fasha Sandha dengan kekasih hatinya, Jejai sudah semakin hampir. Mereka berdua dilaporkan telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa minggu ini. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar pengumuman tarikh bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Walaupun sudah mendapat sijil kursus kahwin sebelum ini, Jejai tetap menemani kekasih hatinya hadir ke kursus 2 hari ini. Apa pun Abang Nara doakan agar semua persiapan berjalan dengan lancar untuk pasangan ini. Kedua-duanya nampak sangat berseri-seri di dalam gambar di atas. Info kredit portal Murai. P.S: Lelaki Thai curi 10,000 seluar dalam wanita Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan