Nuffnang

Sabtu, 10 Mac 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Sinopsis Cinta Buat Emelda Lakonan <b>Fizo Omar</b> & Almy Nadia <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:34 PM PST

Satu lagi slot Akasia yang bakal ditayangkan di Tv3 pada 26 Mac 2012 menemui peminat drama, Cinta Buat Emelda dgn 24 episod. Drama bertajuk Cinta Buat Emelda ini lakonan Fizo Omar dan Almy Nadia. Hasil google, drama Cinta Buat Emelda ialah adaptasi dari sebuah novel. Novel lagi.. :)

Antara pelakon yang menjayakan drama ni ialah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra (sbg Maliki)dan ramai lagi.

Sinopsis

Kalau berdasarkan novel, kisah ni tentang adik beradik nama Emelda dan Emira   Emilia (lakonan Almy Nadia), pasangan kembar, kakaknya Emira ni dah meninggal.

Ok sinopsis lebih kurang gini la, Emelda terpaksa berkorban demi kakak kembarnya yang dah meninggal akibar barah hati. Emilia telah meninggalkan seorang anak  nama Dania (dilakonkan oleh adik Mia Sara Nasuha) .

Nampak gambar Fizo Omar duk pangku Mia dan Almy Nadia. 

Rupanya Emilia ni dulu telah mengandung atas perbuatan seorang lelaki, nama Aril Fatah. Lelaki tu kemudian datang untuk menebus segala kesalahan dan dosa dia yg lampau dan mahu bertanggungjawab terhadap Emira dan anaknya.

Dia mahu berkahwin dengan Emira tetapi dia tak tahu yang Emira dah meninggal dunia. Emelda menyamar jadi kakaknya demi anak kakaknya tu.

Sampai bilakah Emelda akan terus menyembunyikan rahsia itu, dan apa reaksi Aril Fatah kalau dia tahu siapa Emelda yang sebenarnya, bukan wanita yang dicintainya selama ini.

Dalam novel Maliki ialah lelaki yang menaruh hati kepada Emelda, adakah Maliki akan berusaha juga untuk merampas Emelda dari Aril Fatah?

Emelda terpksa berkahwin dgn Aril bukan sebab cinta pada lelaki itu, bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?

Saksikan Cinta Buat Emelda 27 Mac di tv3. (adapatasi dari Novel Kasih Antara Kita)

p/s: happy ending  kisah Emelda emira dalam novel  :)

Promo Cinta Buat Emelda

Lagu OST Cinta Buat Emelda – Nera AF 9 Hatimu Milikku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from your own site.

Rezeki <b>Fizo Omar</b> mencurah selepas ditipu RM2 Juta | Artis.my

Posted: 05 Mar 2012 02:12 AM PST

Insiden Fizo Omar ditipu ketika menjadi penjamin bagi pinjaman bank syarikat sehingga menanggung hutang sebanyak RM2 Juta tempoh hari masih lagi segar dalam ingatan walaupun ianya sudah lama.

Namun, Fizo Omar atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia bersyukur rezekinya lebih mencurah dalam bidang lakonan dan perniagaan selepas insiden terbabit.

"Doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan oleh Allah dan perkara itu telah terjadi kepada saya. Alhamdulilah rezeki semakin mencurah-curah selepas kejadian itu," ujarnya.

Fizo menyatakan kes terbabit masih lagi dalam proses siasatan dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Ditanya mengenai kejayaannya, Fizo dengan gembira memberitahu dirinya makin selesa menjadi pengacara program bual bicara Nasi Lemak Kopi O dan mengendalikan studio miliknya, 120 Studio yang terletak di Ukay Perdana, Ampang.

Fizo kini baru selesai menjalani penggambaran drama tertajuk Cinta Buat Emelda dan 4 lagi buah filem yang bakal menjengah tahun ini, iaitu 7 Petala Cinta, Azazil, Minyak Dagu, Halimunan dan Hello.

"Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan saya percaya perkara buruk yang telah menimpa saya telah diganti dengan pelbagai peristiwa baik dalam hidup saya kini," katanya.

Bila Jejari Menari: <b>Fizo Omar</b>: Alhamdulillah Berkat Kena Tipu

Posted: 04 Mar 2012 10:07 PM PST


Memang benarlah Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Kecelakaan bukan saja perlu dilihat dari sudut kesedihan, tapi juga sebagai petanda Allah akan menurunkan hikmah yang besar kepada hambaNya yang bersabar.
Lihatlah apa yang berlaku kepada Fizo Omar:
PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar, 27, mengakui rezekinya semakin murah selepas insiden ditipu ketika menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM2 juta.
Walaupun berhadapan dengan kejadian itu dia bersyukur Allah telah membuka pintu rezekinya dengan lebih luas dalam bidang lakonan dan perniagaan.
"Doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan oleh Allah dan perkara itu telah terjadi kepada saya. Alhamdulilah rezeki semakin mencurah-curah selepas kejadian itu," katanya kepada mStar Online.
Ditanya mengenai kes tersebut, Fizo berkata ia masih dalam proses siasatan dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakilinya dalam kes itu.
"Selepas kes itu saya kelihatan agak suram di media massa tetapi saya sebenarnya sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama. Alhamdulilah rezeki tidak putus-putus. Alhamdulilah perniagaan juga dalam keadaan baik dan semakin maju. Kehidupan saya sentiasa sibuk namun berada di tahap baik. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan saya percaya perkara buruk yang telah menimpa saya telah diganti dengan pelbagai peristiwa baik dalam hidup saya kini," katanya.
(Sumber info: mStar Online)
JR: Jangan bersedih dengan musibah kerana kadang-kadang di balik musibah tersembunyi seribu hikmah yang cuma menjadi rahsia Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan