Nuffnang

Sabtu, 10 Mac 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Hati <b>Fouziah Gous</b> Sudah Dimiliki

Posted: 03 Mar 2012 05:48 PM PST


FOUZIAH... masih idamkan watak mencabar.
WALAUPUN tahun ini usia menginjak 30 tahun, pelakon berkulit cerah dengan fizikal tinggi lampai, Fouziah Gous, masih kelihatan cantik tatkala menyarungkan busana pelbagai fesyen yang diberikan padanya.
Mungkin sukar dipercayai wanita secantik ini masih solo walhal rakan-rakan seangkatan dengannya sudah mempunyai buah hati dan ada yang sudah berumahtangga. Sebagai wanita, pemilik nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous ini turut menyimpan hasrat menjadi suri kepada seorang lelaki bergelar suami.

Tidak dapat disangkal, ramai lelaki yang mahu mendampingi pelakon yang mula mencipta nama menerusi beberapa siri drama dan filem itu sama ada orang biasa, pelakon atau orang kenamaan. Malangnya, hanya seorang yang berjaya menyentuh hati kecilnya.
Mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang, Fouziah tidak menolak kemungkinan dia akan mengakhiri zaman bujang pada tahun ini. Bagaimanapun, anak bongsu daripada lima beradik itu masih berteka-teki mengenai identiti jejaka tersebut. "Saya bukannya robot yang tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Dari segi fizikal dan mental, saya sudah bersedia untuk menjadi isteri. Apatah lagi saya ini jenis yang lebih pentingkan keluarga berbanding perkara lain. "Cukuplah jika saya katakan saya mempunyai seseorang tetapi masih tahap sebagai rakan. 
Bagaimanapun, dia berjaya menyentuh hati saya untuk mengenalinya. "Sudah pasti lelaki yang menjadi pilihan saya adalah seseorang yang baik hati, memahami kerjaya saya, seorang yang kelakar dan dapat memberikan bimbingan agar menjadi lebih baik," katanya.

Mempunyai impak besar ketika mula-mula menceburi bidang seni, namun sejak akhir-akhir ini semakin kurang cerita mengenai gadis manis ini kita dengar mahupun terpampang di akhbar. Adakah dia sudah dilupakan? Boleh dikatakan mempunyai pakej yang lengkap namun tidak tahu di manakah silapnya kerana beberapa filem yang mempertaruhkan bakatnya secara kasar dilihat kurang 'menjadi'.

Bagi Fouziah, keadaan itu tidak menjadi alasan baginya untuk berhenti dari terus berlakon apatah lagi peminatnya sentiasa menantikan naskhah terbaru dari gadis kelahiran Kuala Lumpur ini.
"Mungkin belum tiba rezeki saya untuk 'meletupkan' filem itu dengan lakonan saya. Apatah lagi watak yang diberikan pada saya adalah sama saja. Bukan mahu 'demand' tetapi saya sendiri bosan memegang watak yang sama, apatah lagi penonton.

"Siapa yang tidak mengidamkan untuk berlakon di layar perak cuma buat masa ini saya masih belum mempunyai rezeki untuk memegang watak mencabar. Ada juga empat atau lima tawaran memegang watak yang saya idamkan itu cuma masa tidak sesuai menyebabkan saya menolak tawaran terbabit," tambahnya.
Fouziah yang pernah membintangi drama Sangga Saadah, Impak Maksima The Series serta filem Anak Mami, Rasukan Ablasa dan Dua Hati Satu Jiwa, tidak kisah sekiranya dia lebih banyak berlakon dalam drama bersiri mahupun telefilem berbanding filem kerana dia mementingkan karakter watak yang dipegangnya. Bekas pramugari ini sanggup meninggalkan kerjaya terbang di langit biru hanya kerana cintanya terhadap seni. Katanya, dia juga tidak meletakkan rezekinya pada populariti tetapi hasil memuaskan. Fouziah kini sibuk dengan drama bersiri Trilogi Cinta musim kedua. "Untuk musim kedua ini, saya harus memberikan lebih baik daripada musim pertama kerana maklum balas daripada peminat pada musim lalu agak baik. Sudah pasti mereka memberikan harapan yang tinggi untuk Trilogi Cinta musim kedua ini.

"Bagaimanapun, tidaklah sehingga menyebabkan saya tertekan. Pengalaman yang saya dapat sepanjang menceburi bidang lakonan ini digunakan sebaik mungkin.

"Saya sendiri tidak tahu apakah 'ending' bagi musim kedua ini kerana saya hanya menumpukan pembacaan skrip sehingga episod 10. Saya tidak mahu tekanan mental mengganggu plot yang lain," katanya. Tidak mahu komitmennya dengan penggambaran drama bersiri ini terganggu, Fouziah yang memegang watak sebagai Norjinah membuat keputusan untuk tidak mengambil projek besar lain sepanjang dalam tempoh empat hingga lima bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan