Nuffnang

Sabtu, 10 Mac 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


FAUZI NAWAWI MARAH <b>LISDAWATI</b> DI LOKASI PENGAMBARAN <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 09:30 PM PST

No of View :152
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

Ramai yang beranggapan jika berlakon di bawah arahan suami sendiri, si isteri itu akan mendapat layanan yang istimewa. Namun sangkaan tersebut meleset sama sekali. Pelakon Lisdawati berkongsi pengalaman bekerja di bawah arahan suaminya, Fauzi Nawawi dalam filem terbarunya, 'Pak Pong'.

"Saya baru saja selesai berlakon filem 'Pak Pong'. Saya memegang watak jahat sebagai jin tanah. Walaupun terlibat dalam dua babak saja selama lima hari, namun ia merupakan babak besar iaitu babak pertarungan dengan kumpulan bunian,"katanya ketika ditemui baru-baru ini.

"Ramai orang ingat bila suami saya pengarah, saya mendapat kelebihan. Tidak, saya sendiri kena marah di set. Dia marah sebab saya tak nampak jahat. Dia lebih faham apa yang diperlukan dan saya terpaksa jadi keras dalam filem ini," ujar LIsdawati mengakui tidak berkepit dengan suaminya di set.

"Saya tak berkepit langsung dengan dia di set. Saya bagi dia buat kerja dia dan tak campur langsung hubungan suami isteri. Bagi saya, kerja adalah kerja. Ini kali pertama dia mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif dari seluruh tenaga produksi.

"Bukan itu saja, mereka suka kerja dengan dia kerana dia tak garang dan sangat kelakar. Di set, dia juga seorang yang sangat fokus bekerja. Dia ada satu visi yang sangat jauh dan ramai nampak komitmen yang diberinya sangat tinggi."

Umum dah mengetahui, Fauzi merupakan pelakon lagak ngeri yang suka melakukan aksi stunt yang agak berbahaya. Namun, ramai yang tidak tahu Lisadawati juga kini dalam proses mempelajari aksi-aksi stunt. Jika dilihat dari perwatakannya yang lembut, mampukah ibu kepada dua orang cahayamata ini melakukannya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

"InsyaAllah, saya tengah buktikan yang saya tak selembut yang mereka sangka. Sekarang ini saya selalu pergi gymnasium untuk meningkatkan stamina. Saya buat semua ini untuk nampak kuat bila buat babak gaduh. Macam dalam filem 'Pak Pong' sendiri, saya berlatih selama 3 minggu walaupun watak saya sikit.

"Saya sukakan watak bergaduh tapi tak pernah diberi peluang. Bila dapat tawaran ini, saya buat bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak saya. Ini percubaan kali pertama dan saya tak gayat bila tergantung menggunakan kabel. Saya juga praktis dalam air untuk membuat aksi 'flip'. Pernah ketika buat latihan, saya terjatuh dan terhentak kepala," ujar Lisdawati yang kini sedang menjalani penggambaran telemovie, 'Ibu Tiri' untuk TV3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan