Tiz Zaqyah - Google Blog Search |
<b>Tiz Zaqyah</b> Rimas Kisah Peribadinya Dijaja Posted: 10 Mar 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 10 MAC 2012: Pelakon, Tiz Zaqyah akui rimas apabila kisah peribadinya lebih mendapat tumpuan dan publisiti daripada pihak media. Malah, heroin filem Cinta Kura-kura itu berkata, dia agak kesal apabila kisah kerjayanya tidak diendahkan segelintir media. "Saya kadang-kala agak pelik juga setiap kali berjumpa dengan media, pastinya soalan peribadi dan cinta ditanya kepada saya.Saya bukan tidak suka, tetapi seelok-eloknya cerita mengenai karier saya itu diutamakan. Atau kalau tidak biarlah kisah peribadi dan kerjaya diseimbangkan. "Bukannya apa, saya sudah menerima banyak komen daripada peminat sendiri yang merungut sukar untuk membaca cerita mengenai karier saya. Kalau boleh, lepas ini saya mahu kurangkan bercerita mengenai kisah peribadi saya" katanya yang ditemui selepas pelancaran program Wanita Inspirasiku TV3, di restoran Fullhouse, Sunway Giza, semalam. Dalam pada itu, Tiz Zaqyah turut menafikan gosip yang mengatakan hubungannya bersama dan kekasih hatinya, Remy Ishak sudah mulai retak. "Terus-terang saya dan Remy masih bersama dan hubungan kami berjalan seperti biasa. Malah antara kami tidak ada apa-apa masalah pun. "Mungkin spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah satu salah faham dan secara tidak langsung telah menyebabkan penyebaran perkara yang tidak berasas itu," luahnya lagi. Selain aktif berlakon, Tiz Zaqyah yang pernah menyanyikan lagu Nur Kasih untuk filem Nur Kasih The Movie berkata, dia ada menerima tawaran untuk menyanyi lagi namun terpaksa ditolak. "Saya memang minat menyanyi selain berlakon. Cuma apabila ada yang menawarkan saya untuk merakamkan album, saya rasa saya masih belum bersedia untuk melakukannya secara serius. Saya kini hanya mahu lebih fokus kepada lakonan sahaja," tambanhya lagi. Beralih perbualan kata Tiz Zaqyah, dia kini sedang sibuk dengan pengambaran drama Dejavu Di Kinabalu untuk siaran TV3, dan bakal terbang ke Eropah pada Jun depan untuk penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi (TV9). |
<b>Tiz Zaqyah</b> Abd Razak | Biodata <b>Tiz Zaqyah</b> | Lukisan <b>Tiz Zaqyah</b> <b>...</b> Posted: 10 Mar 2012 01:55 AM PST lukisan tiz zaqyah , biodata tiz zaqyah, tiz zaqyah abd razak , gambar tiz zaqyah, tiz zaqyah 2012, tiz zaqyah dan remy ishak, cinta kura kura 2012, Tiz Zaqyah bukan satu nama asing bagi peminat drama Tanah Air. Nama Tiz Zaqyah mula meletup dan menjadi sebutan semasa menjadi pelakon utama Nur Kasih, sebuah drama berunsur Islam yang sangat terkenal semasa tanyangannya hingga menjadi bualan dimana mana cerok pelosok diseluruh Malaysia . Watak yang dibawa oleh Tiz Zaqyah ternyata berjaya menyelami hati penonton untuk dibawa bersama ke dalam kisah cinta agung antara Aidil , Nur Dan Adam dalam Nur Kasih . Namun, perwatakan bertudung Tiz Zaqyah dalam Nur Kasih menyebabkan segelintir masyarakat tidak dapat menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa Tiz Zaqyah sebenarnya agak "sosial" di luar set penggambaran. Disini, kami sediakan sedikit info dan biodata berkaitan Tiz Zaqyah Abd Razak . NAMA PENUH: Tiz Zaqyah Abdul Razak TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988 KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik PERWATAKAN DIRI: Mesra dan ceria PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih WATAK IMPIAN: Seram, psiko dan gila
Tiz Zaqyah juga mempunyai bakat tersembunyi dan sisi lain yang tidak didedahkan sebelum ini iaitu melukis. Ternyata pelakon serba cantik ini juga mampu menghasilkan karya yang secantik tuan emppunya badan .Antara hasil lukisan Tiz Zaqyah.
dan filem terbaru Tiz Zaqyah yang terbaru adalah Cinta Kura Kura. tengok trailer macam best jugak cerita ni **hasilkan entry pasal Tiz Zaqyah ni sebab banyak pulak keyword dengan nama Tiz Zaqyah yang masuk lately. Maaf, gambar tanpa tudung tidak disiarkan di sini. |
You are subscribed to email updates from Tiz Zaqyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan