Nuffnang

Isnin, 12 Mac 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> Redha Dituduh Sombong & Tidak Berdisiplin | Sensasi <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 11:56 AM PST

Fathia Latif terpaksa menelan kepahitan dan pasrah apabila sering dilanda kontroversi termasuklah dikatakan sombong dan tidak berdisiplin ketika berada di lokasi penggambaran.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff berkata, dia berasa pelik dan mempersoalkan mengapa dirinya dikatakan bersikap sedemikian sedangkan dia seorang yang begitu komited dalam hal karier.

"Entahlah, saya pun tak tahu nak cakap apa, rasa pelik apabila sering dikaitkan dengan isu bermasalah di set lokasi. Dan saya kurang faham, mengapa saya yang terkena dengan perkara-perkara remeh sebegini sedangkan saya baik dengan semua kru produksi. Mungkin orang ingat saya ini seorang yang besar kepala tetapi saya menjaga adab sebagai seorang pelakon baru di hadapan semua. Selalunya saya akan senyap dan duduk di dalam bilik untuk memberi fokus dalam pembacaan skrip sebelum penggambaran dimulakan," katanya.

Sejak Fathia popular menerusi drama Hani pada tahun lalu, dia dikatakan mula besar kepala dan tidak berdisiplin setiap kali berada di lokasi.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu turut berhadapan dengan isu kononnya bersikap kurang ajar dengan pihak produksi selain berani meletakkan harga yang tinggi untuk sesebuah watak yang ditawarkan.

Bagaimanapun, tambah Fathia, keadaan itu membuatkan dirinya lali walaupun pernah berasa rimas dengan hal remeh tersebut.

Ini kerana, dia tahu menjadi seorang pelakon menuntutnya untuk menerima apa sahaja kritikan yang datang dari luar walaupun hal tersebut tidak benar.

Justeru itu, pelajar jurusan undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini berkata, dia tidak akan meneruskan karier lakonannya secara sepenuh masa kerana ingin memberi fokus dalam pengajian tersebut.

"Saya nekad untuk membuat karier lakonan sebagai kerja sambilan kerana ia merupakan minat saya manakala bekerja tetap sebagai seorang peguam, yang juga merupakan cita-cita saya sejak kecil lagi," ujarnya.

Menyentuh jadual seninya, Fathia akan terus sibuk dengan komitmen lakonan bagi mengisi masa cuti semesti selama tiga bulan.

Setakat ini, Fathia baru sahaja selesai penggambaran telefilem bersama aktor kacak, Remy Ishak berjudul Mek dan filem, Kotaraya, di bawah produksi Grand Brilliance.

Fatiya

Fatiya

Fatiya

Fatiya

Fatiya

Fatiya

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Karpet Merah Fatiya Latiff di AJL 26
  • Pengacara Wanita Radio No. 2 Semakin Sombong?
  • Quotes of The Day: Kami Tak Kisah Dituduh Ciplak
  • Noraniza Idris Makin Sombong?
  • Lagu Terbaru Tom REDHA
  • Siapa Kata IZ OIAM Sombong dan Berlagak?
  • Senarai Pencalonan Drama Anugerah Skrin 2011
  • Filem Al-Hijab Lakonan Pierre Andre & Nur Fathia
  • Drama Malam Raya Cahaya Lailatulqadar
  • Drama Hani Lakonan Ryzal, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan