Nuffnang

Selasa, 10 April 2012

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


“Saya Jangkakan <b>Adi Putra</b> Menang” – Fizz Fairuz, Pelakon TV <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 11:19 AM PDT

Rezeki ditangan Tuhan, itulah perkataan yang berulang-ulang kali diulang oleh Fizz Fairuz ketika ditemubual oleh wartawan OHBULAN!.

Selepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, buat pertama kali, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin, 33, akhirnya telah diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Tampil sebagai 5 finalis akhir bersama Aaron Aziz, Fauzi Nawazi, Adi Putra dan Remy Ishak, Fizz tidak menyangka bahawa dia mampu mengalahkan mereka semua.

"Saya tak sangka yang diri saya akan menang sebab saya rasa masih belum sampai masa untuk saya dinobatkan sebagai pelakon TV terbaik. Saya sangat terkejut bila nama saya disebut. Saya rasa dunia sepi sebentar," ujar Fizz memulakan perbualan.

Lebih dikenali melalui drama di televisyen berbanding filem, Fizz Fairuz sudah berlakon lebih 30 buah drama sejak penglibatannya dalam industri hiburan. Namun begitu, drama bersiri Nur Kasih adalah drama yang telah melonjakkan nama Fizz dimata peminatnya selain mampu melakonkan pelbagai jenis watak samada serius, humor ataupun romantik.

Ditanya mengenai perasaan selepas memenangi anugerah yang berprestij itu, Fizz memberitahu bahawa perasaannya gembira bercampur terkejut sehinggakan dia tidak dapat membuat ucapan dengan sempurna selepas dianugerahkan trofi.

"Perasaan itu gembira tapi kegembiraan yg mengejutkan. Apa yang saya nak cakap, apa yang saya nak buat? Perasaan saya bercampur aduk kerana saya dikelilingi oleh bintang-bintang yang hebat," jelas Fizz.

Fizz yang tidak menyangka bahawa dia mampu merangkul trofi itu, memberitahu antara faktor yang membantu dia memenangi trofi tersebut mungkin disebabkan dia selalu menghadirkan diri ke Jelajah ABPBH 2011. Fizz juga sebenarnya hanya menjangkakan bahawa Adi Putra yang bakal memenangi trofi tersebut.

"Saya jangkakan Adi Putra menang, namun betullah kata orang, rezeki itu terletak di tangan Tuhan," ujar Fizz mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan