Nuffnang

Selasa, 10 April 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Fouziah Gous</b> intim dengan duda

Posted: 30 Mar 2012 01:00 AM PDT

Setelah sekian lama mendiamkan diri selepas timbul spekulasi mengaitkan aktres jelita Fouziah Gous bercinta dengan seseorang, akhirnya membuka mulut untuk mengesahkan spekulasi tersebut dan mengakui kini dia mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Namun Fouziah memberitahu hubungan mereka baru sahaja mula intim sejak beberapa bulan lepas walaupun mereka sudah lama mengenali.


"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat keikhlasan dan ketulusan dia nak berkawan dengan saya. Dia yang juga merupakan rakan niaga abang saya turut pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar saya. Tapi ia masih awal lagi kerana kami kini sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing,"katanya ketika ditemui mStar, Rabu.

Pelakon berusia 29 tahun itu kemudian diminta mengulas tentang kelibat mereka yang dapat dilihat pada beberapa acara hiburan sejak kebelakangan ini.

 "Sejak dulu lagi saya tiada apa yang nak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya menafikan kerana ketika itu kami masih belum rapat. Baru-baru ini sahaja kami mula keluar."jelasnya.

Fouziah yang memberitahu bahawa dia sebelum ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki, jadi dia mahu berkawan dan mengenali lelaki dahulu, dan jika ada jodoh dia bersedia untuk berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan