Intan Ladyana - Google Blog Search |
<b>Intan Ladyana</b> Sanggup Tunggu Lamaran Kamal Adli | ct N honey Posted: 09 Apr 2012 10:40 PM PDT Pelakon Kamal Adli, 25, sangat kagum dan menghargai pengorbanan kekasihnya iaitu Intan Ladyana, 29, yang sanggup menunggu untuk dilamar sebagai isteri. Kamal berkata, dia faham dengan situasi Intan yang sedang menanti untuk dipinang apatah lagi ketika keluarga dan saudara-mara mula berkata-kata mengenai perhubungan mereka, namun dia belum bersedia daripada segi hal kewangan. "Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh. "Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami," katanya. Bagaimanapun tambah Kamal, dia akan menamatkan zaman bujangnya sebelum berusia 30 tahun akan mengukuhkan sumber kewangannya sebaik sebelum bergelar suami. "Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri. "Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," ujar Kamal. Walaupun pelbagai gosip cinta yang melanda dirinya dengan pelakon-pelakon wanita lain, Kamal bersyukur kerana Intan bukanlah seorang yang mudah melenting kerana dia memahami tidak semua gosip itu benar. "Memang kita tidak boleh nak elak daripada cakap-cakap orang, tetapi Alhamdulillah, kami saling mengenali antara satu sama lain dan faham dengan situasi yang berlaku. "Harap-harap, jodoh kami panjang, doakan untuk kebahagiaan kami ya," tuturnya. |
<b>Intan Ladyana</b> Sanggup tunggu lamaran Kamal Adli | MyGosip.com Posted: 09 Apr 2012 08:21 PM PDT
Tambah Kamal Adli lagi dia akan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.. itu bermakna Kamal Adli yang berumur 25 tahun ni masih ada 5 tahun lagi untuk mempersiapkan diri.. Manakala Intan Ladyana yang berumur 29 tahun ni kemungkinan akan menamatkan zaman bujangnya lebih daripada umur 30 tahun kan… Apa-apa pun MyGosip senantiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua ni.. |
You are subscribed to email updates from Intan Ladyana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan