Nuffnang

Selasa, 10 April 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Borneo Love: <b>Maya Karin</b> Pelakon Filem Wanita Popular 2011

Posted: 10 Apr 2012 02:17 AM PDT

Pelakon Filem Wanita Popular 
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011 edisi 25)

I absolutely adore her dress!! So beautiful, simple, yet elegant, 
Congratulations Maya, well deserved! 

ABPBH 2011: <b>Maya Karin</b> & Aaron Aziz Kaut Anugerah Pelakon <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 01:22 AM PDT

Betul kata orang, filem Ombak Rindu memanglah filem yang benar-benar memberi impak besar terhadap industri perfileman.

Buktinya, acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) yang berlangsung semalam di Arena Of Stars, Genting Highland telah menyaksikan Anugerah Pelakon Filem Wanita & Lelaki Popular masing-masing dikaut oleh aktor dan aktress utama Ombak Rindu.

Aaron Aziz ketika ditemui OHBULAN! semalam selepas berakhirnya anugerah berprestij ini telah menyatakan kesyukuran dan terima kasihnya pada penyokong, Aaronators FC.

"Pertama sekali, saya rasa lega tidak menghampakan Aaronators, saya hargai jasa mereka," jelas Aaron memulakan perbualan.

Ditanya perasaannya selepas memenangi 2 anugerah iaitu Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular dan Anugerah Bintang Paling Popular, Aaron Aziz memberitahu bahawa dia sebenarnya takut untuk memenangi kedua-dua anugerah itu kerana takut orang akan lebih berharap padanya.

"Sudah tentu Aaron bahagia, tapi takut juga sebab kalau orang menang ni, nanti banyak tanggungjawab. Kata orang, cepat naik cepat turun. Jika kemenangan ini yang akan menjatuhkan Aaron, Aaron lebih rela tak menang apa pun," luah Aaron.

Apa yang pasti, Aaron Aziz bakal mengadakan sesi berjumpa peminatnya tidak lama lagi dan yang paling diutamakan Aaron ialah Aaronators FC. Namun begitu, masih belum dipastikan lagi bilakah tarikhnya. Harap para peminat Aaron boleh bersabar ya.

Dalam pada itu, Maya Karin yang turut merangkul Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular turut menyatakan rasa kesyukurannya dan berhasrat akan memberikan lakonan yang terbaik untuk semua peminatnya selepas ini.

Yang pasti, Maya Karin telah menyuarakan hasratnya bahawa dia sangat-sangat teringin untuk memegang watak seperti "Warrior Princess".

"Saya teringin nak jadi 'warrior princess' dan bawakan watak seorang wanita yang mampu berlawan dan memegang pedang," ujar Maya kepada OHBULAN!

Jadi, pengarah-pengarah diluar sana, apa tunggu lagi? Mungkin sudah tiba masa Malaysia mempunyai sebuah filem seperti filem 300 ataupun Troy tetapi mengetengahkan wanita sebagai aktress utama, bagaimana?

Kredit Foto : NST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan