Farawahida - Google Blog Search |
<b>Farawahida</b> Kahwin Mr. R Hujung Tahun Ini Posted: 03 Feb 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Penyanyi hitam manis, Farawahida Razali atau Farawahida akui telah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka yang mahu dikenali sebagai Mr. R. Mula menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu, Farawahida berkata dia bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini. "Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R . "Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari. "Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun. "Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri. "Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my. Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta. Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan. "Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah. "Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin. "InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga. "Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi. Farawahida yang baru tampil dengan single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi itu bakal mengadakan persembahan di Malam Kebudayaan Negeri Perak pda 17 Februari ini. |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan