Fouziah Gous - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Fouziah Gous</b> Alami Pengalaman Menakutkan <b>...</b> Posted: 29 Mar 2012 09:10 AM PDT "Saya rasa macam di neraka," ujar pelakon popular, Fouziah Gous berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem seram, 'Hantu Bukit Cina' kira-kira dua tahun lepas. Fouziah ketika ditemui pada majlis sidang media filem tersebut di Restoran Michaelangelo's Pavilion, baru-baru ini memberitahu mengalami pelbagai kejadian menakutkan sepanjang menjalani penggambaran filem terbitan Awards Maker Sdn Bhd itu. "Saya dah banyak shooting filem seram tapi ini merupakan filem seram yang paling mencabar pernah saya berlakon. Dulu saya ingatkan benda-benda ini tak wujud, tapi lepas alami semua perkara itu, saya dah percaya sekarang," ujar Fouziah yang memegang watak sebagai Jo dalam filem ini. "Sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sebuah rumah yang terletak di Tumpat, Kelantan, saya rasa macam berada di neraka. Pelbagai pengalaman takut dan seram yang saya alami. Kejadian pelik ini mula berlaku bila salah seorang pelakon menari tarian Menora. Sejak itu, selama dua hari berturut-turut perkara seram berlaku. "Bila saya duduk sebelah pelakon tersebut, saya rasa seram sejuk. Malam-malam dia akan muntah dan kadangkala mata dia merah seperti dirasuk. Benda ini berjangkit-jangkit pada pelakon dan juga kru produksi. Macam-macam masuk antaranya Raja Laut dan Puteri Saka. Selain itu, entah dari mana, tiba-tiba ada kambing datang. Malah, 'benda' itu juga melaga-lagakan kami," ujar Fouziah yang kini sibuk menjalani penggambaran drama 'Trilogi Cinta'. |
You are subscribed to email updates from Fouziah Gous - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan