tomok - Google Blog Search |
<b>TOMOK</b> MUNTAH DARAH NAFI DISANTAU Posted: 20 Mar 2012 03:35 PM PDT Tomok muntah darah – tolak tuduhan disantau Penyanyi Tomok yang mengalami muntah darah pada malam Isnin menolak dakwaan yang mengaitkan kejadian itu dengan perbuatan santau atau simptom penyakit kronik. Sebaliknya, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata dia muntah darah mungkin disebabkan oleh faktor tersalah makan. "Saya harap apa yang terjadi (muntah darah) bukan sesuatu yang serius atau memudaratkan. Saya tidak nafikan ada juga terfikir kemungkinan isu disantau atau simptom penyakit kronik. "Memandangkan saya hanya muntah sekali, insyaAllah ia bukan perkara yang serius," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa. Ditanya tidakkah dia mendapatkan rawatan di hospital susulan kejadian itu, pelakon yang bakal muncul dengan filem Mantera itu berkata, keadaannya kini beransur baik selepas mengambil ubat. "Saya tak nafikan muntah darah agak banyak pada malam semalam (Isnin) tetapi ia hanya berlaku sekali sahaja. "Selepas saya mengambil ubat, alhamdulillah keadaan sudah baik pada pagi ini. Kalau berlarutan tentu saya pergi hospital," katanya.via-mstar.com.my No related posts. |
You are subscribed to email updates from tomok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan