Nuffnang

Khamis, 5 April 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


<b>Hafiz AF</b> Sudah Ada Kekasih Baru?

Posted: 25 Feb 2012 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR – Bintang Akademi Fantasia (AF), Hafiz yang pernah digosipkan putus cinta dengan Adira yang juga bintang program realiti televisyen (TV) itu dikatakan sudah mempunyai pengganti apabila dia membawa kekasih barunya baru-baru ini.

Pada majlis kesyukuran anjuran Astro sempena kemenangan lagu berjudul Awan Nano nyanyian Hafiz yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) bulan lalu itu, penyanyi berambut afro itu tersipu-sipu malu apabila gambar teman wanitanya dirakamkan jurugambar.

"Kami cuma berkawan biasa dulu. Lagi pun tidak salah saya membawa dia (teman wanita) itu ke majlis seperti ini kan? Memang saya yang menjemputnya," komen Hafiz ringkas apabila persoalan itu diajukan para wartawan kepadanya pada majlis tersebut.

Ternyata Hafiz bijak kerana cuba menyembunyikan teman barunya itu kerana dia kelihatan duduk berjauhan sewaktu majlis itu berlangsung walaupun ada di kalangan wartawan hiburan yang menyedari kehadiran pasangan terbabit yang datang bersama.

Gadis manis yang berpasangan dengan anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berwajah bulat, berkulit putih melepak dengan rambut di paras tengkuk turut kelihatan ceria, malah tidak membantah apabila ada jurufoto yang ingin merakamkan gambarnya.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan