Nuffnang

Sabtu, 7 April 2012

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


Pengalaman <b>Mizz Nina</b> Di Amerika | Koqin&#39;s World

Posted: 12 Mar 2012 11:40 PM PDT

Selepas mencipta kejayaan sebagai penyanyi solo pada tahun 2010 dengan album sulungnya 'What You Waiting For', Mizz Nina terus mengukir laluan sendiri sebagai bintang dengan pelancaran single terbarunya Takeover' yang menampilkan artis hip hop antarabangsa Flo Rida pada November tahun lalu.

Bukan nama asing di carta hits antarabangsa dengan single seperti  'Low', 'Elevator' dan 'In The Ayer', Flo Rida telah memberikan sentuhan uniknya pada single tersebut yang telah menerima sokongan dan perhatian penggemar muzik tempatan dan juga antarabangsa.

Baru-baru ini pada 25 Januari lalu, Mizz Nina telah memulakan lawatan promosi radio selama sebulan di Amerika Syarikat bagi memperkenalkan 'Takeover' kepada pendengar di Amerika Syarikat. Kunjungan eksklusif itu turut dirakamkan oleh Kyanite TV untuk sebuah program realiti khas yang akan disiarkan di Astro Ria tahun ini.

"Anda akan berpeluang untuk melihat secara dekat bagaimana saya bergerak di Amerika," dedah Mizz Nina mengenai apa yang boleh dijangkakan dalam program realiti TV itu buat pertama kali.

"Sepanjang bulan, saya bertemu dengan pelbagai DJ radio, pengarah muzik, wartawan dan eksekutif industri muzik antarabangsa, dan ia adalah satu pengalaman yang cukup hebat untuk mengetahui bahawa mereka semua amat menyokong kerjaya saya. Ia telah membuka mata saya kepada kemungkinan dan peluang baru di sana."

Antara stesen yang dikunjungi isteri vokalis kumpulan Hujan itu termasuklah KCAQ, KKUU, Latin 96.3 dan KJLH di California sebelum terbang ke Las Vegas untuk bertemu beberapa pengarah program di sana. Kembali ke LA, Nina turut menghadiri majlis The Grammy Radio Room, di mana beliau telah diwawancara oleh CNN India dan bergaul dengan beberapa calon Anugerah Grammy yang lalu.

Susulan sesi jelajah promosi di California, Nina dan pasukannya turut terbang ke Houston, Atlanta, Chicago, Miami dan New York. Di New York, beliau telah diberikan peluang untuk menganjurkan satu episod khas program MTV Iggy sebagai hos undangan di sekitar Times Square. Penyanyi itu kembali ke Malaysia pada 25 Februari lalu untuk sebuah konsert anjuran Hitz.fm 15th Birthday Invasion di Stadium Putra Bukit Jalil.

"Pengalaman berada di sana selama satu bulan sangat menakjubkan lebih-lebih lagi saya berpeluang untuk memperdengarkan 'Takeover' kepada pendengar di Amerika Syarikat, " jelas Mizz Nina mengenai usaha kali pertama itu.

"Sebagai artis baru, adalah penting untuk saya mewujudkan rangkaian dengan orang yang tepat dan saya amat bertuah kerana dapat mengcungkil ilmu dari mereka yang berpengalaman tentang bagaimana artis-artis Amerika mempromosikan muzik mereka. Sambutan yang diterima amat positif dan apabila saya kembali, saya lebih bermotivasi untuk melakukan yang terbaik dan mendapatkan setiap ilmu berharga untuk pelancaran album saya pada bulan Mei nanti. Lawatan ini adalah bernilai setiap saat! ". -Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan