Nuffnang

Sabtu, 7 April 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


<b>Zul Handy Black</b> Tidak Tolak Tawaran Boleh Dalam Filem <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 03:04 PM PST

Aduh! lemah lutut kami bila membaca artikel dari akhbar Kosmo ini. Bekas penyanyi Handy Black yang kini berlakon, Zul Suphian mengeluarkan kenyataan kamikaze atau berani matinya, apabila dia sanggup menerima tawaran berbogel jika wataknya menghendakkannya berbuat bergitu. Perghh statement!

Menurut Zul, isterinya tidak kesah jika Zul berbogel kerana memahami itulah merupakan tanggungjawab suaminya sebagai pelakon. Jelas Zul,

"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya,"

"Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas,"

Di dalam filem terbaru Zul, Keramat turut menampilkan satu adengan di mana karakter Nazmir lakonan Zul hanya menyarungkan tuala tatkala digoda oleh adik iparnya, Munirah (lakonan Mon Ryanti) yang hanya berkemban dan sebenarnya dirasuk oleh roh Mustika (Diana Amir).

"Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi,"

Kami sebenarnya menolak babak atau adengan gairah dalam sesebuah filem. Pengiat filem tidak memerlukan cara murah seperti itu untuk memancing penonton. Bukan semua penonton beli tiket nak tengok adengan ghairah saja. Kepada artis pula, jangan gunakan ayat sadis seperti "tugas selaku pelakon" untuk membolehkan anda melakukan sesuatu yang melanggari tatasusila orang Melayu dan agama. Fullstop!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • zul handy black
  • bekas isteri zul handy black
  • gambar zul suphian
  • zul suphian
  • mon ryanti dan zul gairah you
  • mon ryanti gairah
  • penyanyi handy black
  • zul handy black bekas isteri

Tags: , ,

Category: Wassupz! Tempatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan