Nuffnang

Sabtu, 7 April 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Buat Perangai Bodoh: The Movie ~ That Movie Blogger <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 08:57 AM PDT

Jangan Pandang-Pandang
My rating:


Kembali semula TMBF mengulas filem Melayu tempatan! Dah lama saya tak menonton filem Melayu arus perdana, tidak termasuk Bunohan yang boleh dikatakan filem arthouse tahap antarabangsa, dan juga Cinta Kura-Kura dimana saya diundang ke tayangan perdananya. Sebenarnya saya cukup berasa serba salah, kerana adalah menjadi mission statement TMBF untuk mengulas semua filem tempatan yang ditayang di panggung. Melihat trafik blog ini yang pasti meningkat setiap kali saya terbitkan ulasan filem Melayu, jelas inilah catatan yang paling popular dikalangan pembaca. Ampun maaf diminta kerana banyak filem tempatan yang tak sempat saya tonton.

Jadi diharap anda puas hati dengan ulasan filem Jangan Pandang-Pandang ini. Sebab saya pula langsung tak puas hati ketika menontonnya.

Lima pelajar kolej, iaitu Ajis (Zizan Razak), Yaya (Sara Ali), Ben (Nas-T), Diana (Anith Aqilah) dan Marsha (Miera Liyana), diberi tugasan oleh pensyarah mereka (Jaafar Onn) untuk mengembara ke Gua Bewah dan mencari artifak-artifak bersejarah yang masih ada di situ. Ajis dan Yaya dulu berpasangan, tetapi telah putus hubungan kerana Ajis bodoh nak mampus main kayu tiga; manakala Ben pula jatuh hati dengan Marsha yang penuh misteri. Marsha diterima masuk kedalam kumpulan mereka kerana dia mempunyai sebuah peta lama tinggalan moyangnya yang menunjukkan jalan rahsia kedalam gua tersebut. Lima sekawan itu menyewa bot dari Abang Bob (Azhar Sulaiman) untuk merentasi tasik menuju ke gua itu, tapi gua dan hutan disekelilingnya rupanya berhantu - dan kelima-lima mereka pula rupanya langsung tidak berotak.

Apa kejadah dengan filem-filem arahan Ahmad Idham yang bertajuk Jangan Pandang ni? Yang pertama ialah Jangan Pandang Belakang dari tahun 2007, yang setahu saya ia filem seram yang serius. Diikuti pula dengan Jangan Pandang Belakang Congkak pada tahun 2009 serta sekuelnya setahun kemudian, kedua-dua merupakan filem seram komedi. Sekarang keluar pula Jangan Pandang-Pandang yang juga seram tapi lawak. Keempat-empatnya tiada kaitan antara satu sama lain, malah plot filem ini pun tiada kaitan dengan tajuknya. Satu-satunya faktor sepunya ialah kesemua diarah oleh Ahmad Idham. Apakah Ahmad Idham percaya dua patah perkataan itu ada tuah baginya, dan adakah ini kepercayaan syirik?

Kalau filem ini bertuah di pasaran pun bukan bermaksud ia filem yang baik. Ia sebuah lagi kenderaan bintang (star vehicle) bagi Zizan Razak, yang juga membawa kejayaan yang tidak wajar kepada filem Hantu Bonceng tahun lepas. Wataknya kali ini jauh lebih bangang dan menjengkelkan; si Ajis ni adalah moron paling agung dalam barisan watak yang tak kurang ke-moron-annya. Dahlah dungu, bongkak pulak tu, asyik memegahkan dirinya sebagai ketua kumpulan, dan setiap keputusan yang dibuatnya hanya menggagalkan tugasan mereka dan menyesatkan lagi kumpulan itu dalam hutan belantara. Yang paling sukar dipercayai ialah, cerita ini menampilkan watak Ajis sebagai hero.

Jadi yang paling dungu disini ialah, tak lain dan tak bukan Tuan Pengarah Ahmad Idham - oh ya, juga termasuk Tuan Penulis Skrip Meor Shariman (yang buat saya malu kerana memuji hasil kerjanya dalam filem Senjakala). Segala perbuatan watak-watak tidak masuk akal, sebab jalan ceritanya pun tak masuk akal; di pertengahan jalan, kumpulan pelajar ini terus givap nak menyiapkan tugasan mereka tanpa sebab yang munasabah. Kemudian semasa sesat di hutan, datanglah babak demi babak bertembung hantu yang tiada sebab atau makna. Entah mengapa, perasaan marah Yaya terhadap boiprennya yang curang mula reda, walaupun Ajis tak pernah kesal atau taubat kecurangannya. Yang paling membengangkan ialah plot twist di saat-saat akhir, yang sebenarnya dicanggah oleh adegan awal. Rupanya Ahmad Idham atau Meor Shariman sendiri lupa apa yang sudah ditulis/difilemkan.

Namun saya rasa mereka memang tak endah semua itu. Plot yang logik, cerita yang digarap dengan teliti, watak yang dibina dengan bernas dan berpembawaan, semua itu boleh buang asalkan ada cukup masa untuk Zizan membolot skrin. Malah jenaka yang sepatutnya ada dalam sebuah skrip komedi pun tiada, kerana memang ketara Zizan sedang meng-improv-kan segala dialognya. Tak kira dia Raja Lawak ke, Maharaja Lawak ke, bakatnya bukan dalam bidang komedi improv sebenarnya. Dialognya bangang, bukan lucu. Hanya bila beliau diberi skrip yang benar-benar kelakar, baru lakonannya berkesan - contohnya Cinta Kura-Kura. (Atau mungkin juga saudara Zizan ni ibarat Jack Black; kalau hanya suaranya yang kedengaran, boleh tahan, tapi bila mukanya muncul terus mengundang penumbuk.)

Tapi tak baik saya salahkan Zizan atas keburukan filem ini. Saya juga takkan salahkan Sara Ali yang telah membazirkan bakat hebatnya dalam filem buruk ini. (Jujur kata, wajahnya yang kiut gila babi sajalah yang saya suka dalam filem ini. Oh Cik Sara, you tau tak nafsu hati I milik you??) Yang salah memangnya Ahmad Idham dengan Meor Shariman - tetapi memandangkan penonton-penonton lain yang gelak tak henti-henti dengan telatah Zizan, salah perlu dikongsi juga dengan penonton. Sebab inilah TMBF dah malas nak ulas filem tempatan. Bukan hanya kerana hampir semua filem-filemnya teruk - juga kerana kalau tahap citarasa penonton tempatan begitu memalukan, hapuslah segala harapan untuk dunia filem kita maju. Malah filem macam ni yang menciplak muzik tema Indiana Jones pun boleh diterima.

NEXT REVIEW: Wrath of the Titans
Expectations: will it be as good as I like it as much as the first?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan