Nuffnang

Isnin, 14 Mei 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Relevannya <b>Aaron Aziz</b> Dalam Filem NGORAT | Sensasi Selebriti

Posted: 26 Apr 2012 05:31 PM PDT

BINTANG PALING POPULAR AARON AZIZ DI DALAM FILEM NGORAT

"Trofi ini akan mengingatkan saya supaya bekerja lebih keras dan tidak lekas berpuas hati dengan kejayaan yang digenggam," ujar Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz sejurus selepas kejayaannya merangkul anugerah tersebut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) di majlis anugerah yang berlangsung di Genting Highlands pada 8 April lalu.

Kemenangan yang menyaksikan Aaron mengalahkan pesaing terdekatnya, telah diduga oleh banyak pihak sejak peringkat pencalonan lagi berikutan fenomena yang melanda negara setelah satu demi satu drama mahupun filem lakonannya diterima baik oleh penggemar industri seni tempatan. Nora Elena, KL Gangster dan Ombak Rindu, antara beberapa karyanya yang telah berjaya mencuri rata-rata hati penonton sekaligus meletakkan Aaron Aziz di tahap tertinggi sepanjang kariernya sebagai anak seni di Malaysia.

Filem Ngorat

Bulan Julai ini bagaimanapun akan menyerlahkan sisi Aaron Aziz yang belum pernah dilihat sebelum ini menerusi Ngorat, filem pertama lakonan Aaron Aziz yang bakal menggegarkan pawagam selepas kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH. Memegang watak sebagai Arjuna Kasih atau singkatannya A.K, Aaron buat pertama kalinya akan menonjolkan bakat melawaknya dengan skrip lucu yang dijamin akan menghiburkan setiap peminat pelakon terkenal ini.

Ngorat menyaksikan gandingan Aaron Aziz dengan bintang wanita yang sememangnya tidak asing dengan bakat dan kejelitannya, Erra Fazira serta pelakon baru yang kian dikenali selepas kemunculannya dalam rancangan hit 8TV "Projek Pop", Iedil Putra.

Ia berkisarkan watak Arjuna Kasih yang dipegang Aaron Aziz, seorang doktor cinta yang menyediakan tips-tips bagi membantu mendapatkan cinta buat Ijam (Iedil Putra) seorang teruna 'loser' yang sering malang dalam percintaan.

Mahu dikenali sebagai pelakon serba boleh yang bukan hanya mampu membawa satu atau dua jenis watak, Aaron Aziz telah menyahut cabaran yang diberi oleh Grand Brilliance bagi wataknya sebagai Arjuna Kasih. "Kami pilih Aaron Aziz bagi watak ini bukan hanya kerana dia sedang 'hangat' di pasaran, tetapi juga kerana potensi yang dia tonjolkan sebagai pelakon serba boleh yang memikul pelbagai perwatakan dan personaliti yang berbeza," ujar Tengku Iesta Tengku Alaudin ketika ditanya akan sebab utama Aaron Aziz dipilih untuk membintangi filem Ngorat. "Kami percaya peminat beliau yang sudah sedia ada akan menerima baik perubahan karakter Aaron Aziz yang bakal diberi menerusi filem Ngorat," ujar Tengku Iesta lagi.

Filem Ngorat dijangka akan mencetus fenomena perfileman Malaysia dengan nafas baru yang akan dibawa 5 Julai 2012 ini.

Segala maklumat lanjut tentang filem ini termasuk gambar belakang tabir boleh diperolehi di laman facebook www.facebook.com/ngorat. Jangan ketinggalan menyaksikan petua cinta Arjuna Kasih Julai ini, mungkin anda juga perlukannya!

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trailer Filem Ngorat
  • Ngorat Aaron Aziz & Erra Fazira
  • Filem Ngorat
  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Aaron Aziz Membintangi Filem Supertots Supersquad The Movie
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Gambar Party Kejutan Hari Jadi Aaron Aziz
  • Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan