Nuffnang

Isnin, 14 Mei 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Tuntutan RM200,000 <b>Saiful Apek</b> Terhadap David Teo Dibatalkan <b>...</b>

Posted: 13 May 2012 08:22 PM PDT

Semenjak pemergian seorang pelawak yang berbakat besar dalam industri hiburan, kecoh di seluruh media cetak dan elektronik mengenai Saiful Apek yang dikatakan tidak berpuas hati dengan David Teo.

Puncanya dikatakan bermula apabila David Teo telah mengeluarkan kenyataan yang sensitif terhadap arwah Bob Kuman didalam program Melodi.

"Jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah." – David Teo dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012

Kenyataan ini telah menyebabkan rakan-rakan baik arwah dan beberapa artis seperjuangan yang lain kecewa dengan David Teo. Disebabkan perkara ini, Saiful Apek telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin menuntut kembali wang berjumlah RM200,000 yang dilaburkan dalam filem 'Lady Boss' dan 'Anak Mami Kembali' oleh David Teo.

David Teo ketika ditemui lagi sekali telah menjelaskan bahawa tuntutan itu telah dibatalkan oleh pihak mahkamah.

"Saya dapat tahu isu ini apabila membaca isu tersebut di akhbar tempatan. Namun, Mahkamah Seksyen Shah Alam menyatakan, maka adalah pada tarikh ini bahawa penyataan tuntutan plaintif, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dengan MIG telah dibatalkan dan diselasaikan, di mana maksudnya perkara ini dah tutup kes. Jika masih tak berpuas hati, beliau boleh berbincang dengan cara baik, aman damai serta tidak menjatuhkan maruah masing-masing." – David Teo, dipetik dari Gua.

Sumber : Gua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan