Nuffnang

Isnin, 14 Mei 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - The Pressure Is On - <b>Faizal Tahir</b> - Gua.com.my

Posted: 29 Apr 2012 11:07 AM PDT

Konsert Battle ketiga Mentor 6 Kumpulan A sudah berlangsung sebentar tadi. Seperti diduga protégé Faizal Tahir, Anas terus mengungguli carta kedudukan kumpulan A. Tampak selesa mendahului selepas 3 pusingan, komen Datuk Ramli MS terhadap Anas mengundang reaksi berbeza dari pelantun Mahakarya Cinta ini.

" The pressure is on. Saya tak pernah fikir tentang markah atau kedudukan sekalipun. Sama ada berada di atas atau bawah setiap minggu, saya memang suruh Anas lupakan markah pada setiap konsert. Saya nak Anas sentiasa buat yang terbaik dan berusaha untuk beri yang lebih lagi ", ujar Faizal Tahir.

" Saya berterima kasih kepada Datuk Haji Ramli MS atas komen yang begitu jujur. Saya tak pernah terfikir akan perkara ini sampailah Datuk Ramli bercakap mengenai aras dan kemampuan setiap protégé terutamanya Anas ".

Faizal Tahir turut memberitahu bahawa setelah beliau berhempas pulas selama ini untuk 3 konsert Battle yang pertama, sudah sampai masanya beliau memberikan peluang sepenuhnya kepada Anas untuk menonjolkan bakat serta kemampuannya.

" Selepas ini saya akan biarkan Anas tentukan apa corak persembahan yang akan dibawanya untuk konsert Battle terakhir. Saya tak takut kalau orang cakap mungkin saya akan letakkan Anas dalam risiko tetapi bagi saya ini satu cabaran untuk Anas. Saya akan 'tinggalkan' dia selama seminggu dan selepas itu saya akan bantu mana yang patut ".

Faizal turut berkongsi tujuan sebenar beliau berada di Mentor bukanlah untuk sekadar memenangi gelaran juara. Bagi beliau, berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang 6 tahun pengalamannya dalam industri muzik adalah satu peluang yang cukup dinantikannya.

" Saya tak keberatan untuk bagi idea ataupun kongsi pengalaman dengan protégé lain. Saya sendiri pernah cakap dengan penerbit Mentor, saya di sini bukan untuk menang gelaran juara tapi saya nak jadikan musim kali ini sebagai musim Mentor paling baik sepanjang penyiarannya selama 6 musim, Insya-Allah", jelas Faizal sambil mengakhiri perbualan bersama GUA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan