Nuffnang

Isnin, 14 Mei 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Kontroversi <b>Shila Amzah</b> Menari Di Konsert Mania – Perak Today

Posted: 26 Apr 2012 02:38 PM PDT

KONTROVERSI Shila Amzah menari di konsert Mania minggu lalu. Kontroversi terbaru yang melanda Shila Amzah apabila dikritik menari keterlaluan di konsert Mania minggu ke 5.

Penyanyi berbakat besar ini sering dihujani kontroversi sejak akhir-akhir ini. Entry kami sebelum ini ada berkongsikan jawapan Shila Amzah mengenai isu gedik. Belum pun surut isu gedik yang melanda Shila, terbaru beliau dikecam pula dengan kontroversi menari ghairah.

Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan penyanyi lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di Malaysia.

Namun, bagi empunya diri, Shila menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

"Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

"Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan," katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.

Shila menambah, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.

"Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.

"Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini," katanya tenang.

Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.

"Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.

"Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif," katanya.

Nampaknya Shila Amzah masih tenang menangani segala kontroversi yang melandanya. Namun, kami harap selepas ini Shila Amzah menjadikan kontroversi menari di konsert Mania ini sebagai iktibar.

<b>Shila Amzah</b> Terima Teguran Zubir Dengan Hati Terbuka |

Posted: 23 Apr 2012 07:18 PM PDT

Bukan senang untuk kita yang bergelar manusia ini menerima teguran daripada seseorang. Lebih-lebih lagi kalau teguran itu agak pedas bunyinya. Namun Abang Nara respek dengan Shila Amzah yang menerima kata-kata nasihat daripada Zubir Berita Harian dengan hati terbuka.

shila amzah

Untuk makluman, Zubir menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai. Antara kata-kata Zubir ialah:-

Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja. Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz. Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tue

Kalau anda ingin membaca tulis penuh Zubir, sila cari balik BiPop hari Ahad yang lepas. Memang teguran tersebut agak pedas tetapi ada kebenarannya. Apabila ditanya mengenai teguran ini oleh wartawan Media Hiburan, Shila Amzah menjawab:-

Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius

Baguslah begitu. Mungkin selepas ini boleh cuba kurangkan aksi terlebih mesra di depan khalayak ramai. Shila dan Sharnaaz pun banyak peminat. Tak salah tunjukkan contoh yang baik. Tak gitu?

P.S: Gula-gula zaman sekolah yang klasik.

Baca Yang Ini Pulak:-


Adira & <b>Shila Amzah</b> Antara Yang Tersingkir | OHBULAN!

Posted: 13 May 2012 08:41 PM PDT

Jarang-jarang OHBULAN! menonton rancangan realiti tv. Kalau sekadar mengambil tahu mengenai berita terkini industri hiburan itu, adalah.

Terbaru dari rancangan Galaksi Mania, Ebi, Shila Amzah dan Adira adalah antara 3 peserta yang tersingkir di Pentas Separuh Akhir Galaksi Mania. Yang mengejutkan kami, Shila Amzah dan Adira boleh dikatakan mempunyai penyokong mereka yang tersendiri dan mampu menjulang trofi juara, namun itu semua hanya tinggal sejarah.

Dengan penyingkiran ini, lima peserta yang sangat berbakat bakal berentap di Pusingan Akhir Galaksi Mania. Peserta-peserta tersebut ialah Stacy, Aril, Hafiz, Hazama dan Jaclyn Victor. Dari kesemua finalis Galaksi Mania ini, hanya seorang saja peserta kelahiran rancangan realiti, Malaysian Idol.

Menarik bukan untuk melihat 1 "anak" Malaysian Idol bertanding dengan 4 "anak" Akademi Fantasia?

Dari kelima-lima peserta, siapakah bakal merangkul trofi juara Galaksi Mania?

Sumber : Murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan