Nuffnang

Khamis, 10 Mei 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Make Comfortable With Suraya Hanez <b>Awi Rafael</b> | Eyulily.com

Posted: 09 May 2012 09:16 PM PDT

class="story_image center; style="width:348px">  Hanez admit Suraya comfortable making friends with Awi Rafael.

BERITA ARTIS - Eros SO7 Jadi Pilihan <b>Awi Rafael</b> - Gua.com.my

Posted: 08 May 2012 07:01 PM PDT

Terlanjur berbicara tentang single terbaru, Awi juga berkongsi cerita tentang album terbarunya yang sedang dalam pembikinan.

"Selain muatkan single Asalkan Aku Ok, album itu juga akan memuatkan sembilan buah lagu lain. Kesemua lagu itu saya cipta sendiri. Mudah-mudahan peminat akan suka sebab saya masih kekalkan genre muzik yang santai dan gembira. Saya mahu peminat sentiasa gembira apabila mendengar lagu-lagu saya.
Satu lagi keistimewaan album ini ialah, saya berjaya mendapatkan Eros, Sheila On 7 (SO7) untuk bermain gitar dalam lagu Asalkan Aku Ok.  Kolaborasi ini cukup menggembirakan  kerana saya memang meminati Eros yang banyak mencipta lagu-lagu popular SO7. Jika semuanya berjalan lancar, album ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri nanti. Sekarang ini cuma tinggal dua buah lagu yang belum dirakam," ujar Awi.

Mengulas tentang penghargaan yang diterima daripada Berita Harian sebagai salah seorang artis yang memberi komitmen sepenuhnya pada acara jelajah ABPBH 2011, Awi memberitahu dia sebenarnya tidak sangka Berita Harian mengambil langkah sedemikian.

"Walau apa pun saya hendak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Berita Harian. Awi turut serta dalam jelajah ABPBH 2011 kerana  Awi rasa bukan mudah untuk dapat peluang sebegitu. Itulah peluang untuk Awi bertemu dengan peminat-peminat yang banyak memberi sokongan. Saya turut serta bukan kerana mengharapkan kemenangan di ABPBH, tetapi ingin mendekatkan diri dengan peminat," ujar Awi mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan