Nuffnang

Khamis, 10 Mei 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Fizo Omar</b> nafi bercinta dengan <b>...</b>

Posted: 08 May 2012 01:13 AM PDT

Pelakon "7 Petala Cinta", Fizo Omar telah menafikan mempunyai hubungan istimewa bersama Diana Nasir yang juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja dan kakak kepada pelakon semakin dikenali, Anzalna Nasir. 

Ditanya tentang gambar mesra yang tersebar di laman sesawang baru-baru ini, Fizo yang juga merupakan usahawan muda perniagaan serunding menafikan sekeras-kerasnya dan memberitahu ketika gambar tersebut diambil, mereka keluar sebagai kawan biasa dan ramai lagi kawan-kawan lain bersama mereka. 

"Saya dengan Diana hanya kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Ketika gambar tersebut diambil, kami bukan berdua-duaan sebaliknya ada rakan-rakan yang turut serta ke Litar Sepang tempoh hari. "

Kami tiada apa-apa hubungan istimewa dan hanya berkawan biasa," jelas Fizo ketika ditemui baru-baru ini.  

Pelakon berusia 27 tahun ini yang juga merupakan duta bagi Kementerian Belia Dan Sukan ini turut memberitahu bahawa dia sedang berehat daripada bidang lakonan bagi menguruskan perniagaan dan juga promosi Hari Belia Negara 2012. 

 Sementara itu, Fizo dijangka muncul dengan dua buah filem lagi pada tahun ini iaitu "Halimunan" dan juga "Azazil".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan