Didie Alias - Google Blog Search |
<b>Didie Alias</b> Kepoh Kepoh Ikut Keadaan Posted: 29 Apr 2012 07:10 PM PDT KUALA LUMPUR – Didie Alias, 39, mengakui watak perempuan kepoh yang sering dilakonkannya menerusi drama dan filem banyak memberi kelebihan apabila dia tidak putus-putus mendapat pelbagai undangan mengadakan persembahan pentas sejak lima tahun kebelakangan ini. Menurut pemilik nama sebenar Fadzilah Mohamed Alias ini, watak wanita kepoh yang semakin sinonim dengannya itu misalnya, menyebabkan dia banyak diberi kepercayaan menjadi pengacara rancangan televisyen dan pada majlis-majlis makan malam di merata-rata tempat seluruh negara. "Saya asalnya terbabit dalam bidang lakonan teater kanak-kanak pada usia saya lapan tahun di mana saya selalu berlakon dengan Allahyarham Sudiro Sukiman dan Imuda yang ketika itu banyak dianjurkan oleh pihak Perpusakaan Negara Malaysia pada penghujung tahun 1980-an. "Kemudiannya saya banyak berlakon drama serta filem seperti Boss dan Kanta Serigala pada awal tahun 1990-an. Bagaimanapun, saya lebih banyak terbabit dalam bidang pengacaraan pada awal tahun 2000 dan lebih ketara sebagai pengacara yang kepoh sejak akhir-akhir ini," ujarnya. Menurut Didie yang kini sedang menjalani penggambaran filem bertajuk Nasib Pemandu Teksi bersama Yassin Senario di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur berkata, dia tidak menyangka serta bersyukur kerana para peminat menerima gaya lakonannya yang kepoh itu. Malah, menuru ibu kepada empat orang anak ini, dia tidak kisah dengan umpatan segelintir pihak yang kurang senang apabila kekepohannya sewaktu menjadi pengacara seperti dalam Anugerah Bintang Popular dikatakan menyebabkan ada penonton yang berasa meluat dengannya. "Bagi saya, saya kepoh atau melakukan apa juga gaya persembahan mengikut kesesuaian sesuatu majlis. Kalau di Anugerah Bintang Popular itu saya mempunyai skrip dan bukan bercakap atau mengacarakannya secara semberono sahaja, apatah lagi ia adalah siaran langsung di TV. "Sementara itu, kalau menjadi pengacara di majlis-majlis makan malam dan tertutup saya sedikit bebas untuk mengacara atau menjadi kepoh dalam keadaan yang berpada-pada- Saya juga mengambil kira sensitiviti para penonton supaya mereka tidak tersinggung," jelasnya lagi. Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan