Nuffnang

Khamis, 3 Mei 2012

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


<b>LIYANA JASMAY</b> BERTUNANG 28 MAC 2012

Posted: 13 Mar 2012 07:28 AM PDT

Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac 2012? Pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay bakal bertunang hujung bulan ini iaitu 28 Mac 2012 dengan jejaka pilihan hatinya.

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Tarikh pertunangannya itu yang jatuh pada tarikh hari ulang tahunnya yang ke-24 disahkan sendiri oleh ibu Liyana Jasmay, Puan Habshah menerusi sebuah laman portal hiburan tempatan.

Dalam kenyataan tersebut, ibu Nana sempat memberitahu bahawa Nana dan bakal tunangnya, Fathuddin Mazlan sudah lama berkenalan tetapi mula rapat dalam dua atau tiga bulan ini.

"Mereka sudah lama berkenalan memandangkan tinggal berjiran tetapi mula rapat baru-baru ini. Perkara yang berlaku sangat pantas tetapi inilah yang dikatakan jodoh"

"Sebagai seorang ibu, saya tumpang gembira dengan hubungan ini dan semestinya mengharapkan yang terbaik buatnya"

Bercerita tentang persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarganya pada sebelah malam, Puan Habshah memberitahu segalanya sudah selesai 80 peratus dan berjalan dengan lancar.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) ini dikatakan bakal menyarungkan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris berharga RM10,000.

P/s: Tahniah buat Liyana Jasmay dan pasangan hatinya yang bakal bertunang 28 Mac ini. Moga hubungan berkekalan sehingga disatukan dalam majlis perkahwinan mereka kelak.

Advertistment

Rating: 10.0/10 (7 votes cast)
Rating: +6 (from 6 votes)
Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac, 10.0 out of 10 based on 7 ratings

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan