Nuffnang

Khamis, 3 Mei 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Neubodi Mother&#39;s Day Promotion « www.<b>ning</b>-<b>baizura</b>.com

Posted: 02 May 2012 10:46 AM PDT

Mother's day Promotion is up again, but this time it is more attractive than last year for Neubodi VIP.
Promotion period start from 28th April 2012 till 31st May 2012 at Bangsar Village II, Bangsar.

1) Promotion on bra:

1st  – Normal Price

2nd -10%

3rd – 50%

4th onwards all in 20% discount

(Must be in the Single Receipt

Related Posts with Thumbnails

<b>Ning Baizura</b> Cari Ilmu Permudahkan Zuriat

Posted: 30 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2012: Sempena menyambut hari Ibu, penyanyi Ning Baizura yang teruja bergelar ibu tidak sabar mendekatkan diri dengan kaum ibu yang lain dalam majlis Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea pada 20 Mei depan.

Ning Baizura atau nama penuhnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 37 yang pertama kali membuat persembahan sempena Hari Ibu memberitahu sangat gembira kerana diberikan peluang untuk meraikan hari bermakna yang dinantikannya itu di Royale Bintang Hotel Damansara.

"Saya sangat seronok dan teruja untuk mengadakan persembahan Hari Ibu buat julung kalinya. Selama saya menceburi bidang nyanyian, ini yang pertama kali dan saya harap ini juga bukan yang terakhir.

"Malah, saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menggembirakan ibu-ibu lain selain ibu saya sendiri di Hari Ibu itu nanti.

"Lagipun sebagai wanita yang masih belum dikurniakan cahaya mata, saya sangat teruja untuk bertemu dengan ibu-ibu yang lain untuk berkongsi rahsia dan ilmu untuk dipermudahkan menerima cahaya mata," katanya.

Malah, Ning yang dijumpai ketika sidang media Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea exclusively with Ning Baizura and her band, di Royale Bintang Hotel Damansara, mengesahkan persembahan berkenaan akan berlangsung selama lebih 40 minit.

Menariknya, menurut Ning dia akan mendendangkan beberapa lagu bertemakan Ibu selain lagu-lagu hitsnya daripada album pertama sehingga kini.

"Saya akan pastikan persembahan kali ini agak berbeza dan istimewa untuk tetamu dan Ibu yang hadir supaya ianya meninggalkan memori yang terindah buat mereka.

"Selain mendendangkan lagu nyanyian saya, saya juga akan menyanyikan lagu-lagu berkonsepkan Ibu seperti lagu yang dipopularkan penyanyi nostalgia P. Ramlee dan Datuk Sharifah Aini.

"Suasana pada petang itu pastinya sangat romantik dan istimewa buat insan yang bergelar ibu," luahnya dalam nada gembira.

Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea exclusively with Ning Baizura and her band, akan berlansung di Royale Bintang Hotel Damansara, bermula jam 3 hingga 7 petang pada 20 Mei ini.

Majlis berkenaan bakal dianjurkan Xerographix Studio dengan menyediakan sebanyak 50 buah meja yang mana para ibu dapat menikmati hidangan istimewa di samping mengabadikan detik indah bersama Ning.

Selain Ning, Maulana dan Azrul Raja Lawak akan membuat penampilan istimewa pada majlis itu. Para penonton akan berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad2, percutian tiga hari dua malam di tasik Kenyir Resort Taman Negara serta pelbagai cabutan bertuah.Sekiranya berminat, anda boleh dapat tiket berharga RM180, RM280, RM500 dan VIP Platinum menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan