Nuffnang

Rabu, 16 Mei 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat Di Hati: Nurul <b>Elfira Loy</b> Jurucakap Baru Jenama <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 04:06 AM PDT

Jenama mekap No. 1 di dunia, Maybelline New York telah memilih artis dan hos TV Nurul Elfira Loy sebagai jurucakap jenamanya yang terbaru di Malaysia yang di umumkan dalam satu sidang media hari  ini.

Elfira Loy menggayakan salah satu daripada gaya yang bertema FABULOUSLY 18, di reka khas oleh Maybeline Now York untuk artis  muda tersebut.

Pengurus Produk Kumpulan Maybelline New York, Pink Fong berkata, 
jenama tersebut memilih artis ini kerana sifatnya yang berkeyakinan dan ceria, kebolehannya yang verstail untuk menggayakan pelbagai rupa bagi Maybelline dan menampilkan juga sifat bertenaga, bergaya dengan daya tarikan dan dinamik jenama New York tersebut.

Walaupun baru menceburi bidang ini, Elfira Loy 18 tahun  telah mendapat perhatian daripada peminatnya dan memulakan kariernya dengan membintangi iklan serta berpengalaman sebagai hos dan pelakon seperti program Cuti-Cuti Famili, Berani Jadi Boss, Selamat Pagi Putera Putri, Waktu Rehat dan banyak lain.

Beliau juga telah membintangi dan menjadi pelakon undangan bagi beberapa program televisyen seperti Cinta, Sabrina VS Sazaly, Rawan Hati Seorang Wanita, Syurgamu Ramadhan, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Kum Kum The Series dan lain-lain lagi.
Watak yang paling di kenali sebagai Qalesya dalam drama hit Qalesya yang telah membawa kemenangannya menerima anugerah Pelakon Sampingan Terbaik di Anugerah Skrin 2011.
Bakatnya turut terserlah dalam bidang layar perak apabila Elfira Loy muncul dalam filem pertamanya pada tahun 2010 iaitu Damping Malam  diikuti pada tahun 2011 dengan Second Virgin.  Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang teater  Alibaba pada tahun 2006 di Malaysia, New Delhi dan Iran serta Ibu Zain dan Permata Hati pada tahun 2008.
"Kami yakin bahawa Elfira Loy merupakan jurucakap yang sesuai buat Maybelline New York dan kami gembira kerana dapat bekerjasama dengannya kerana kami yakin bahawa Elfira Loy dengan pengaruh  dan karismanya untuk mendekatkan jenama Maybelline New York dengan para pengguna kami.  

Bukan itu sahaja, kami turut teruja dengan pelbagai projek baru yang akan melibatkan Elfira Loy yang semestinya bakal memperkembangkan lagi jenama kami di Malaysia", kata Fong lagi.

Elfira Loy merasa bangga menjadi jurucakap Maybelline New York di Malaysia kerana beliau merupakan sorang peminat jenama ini semenjak mula menggunakan make up.  Beliau juga gemar dengan produk serta gaya yang dibawakan oleh jenama ini dan merasa gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Maybelline New York.

Sebagai sebahagian daripada program pengenalan duta baru, Maybelline New York memaparkan pelbagi rupa berbeza, bertemakan FABULOUSLY 18 yang dihasilkan untuk Elfira Loy dengan menggunakan produk make up jenama ini kerana ianya sesuai buat setiap wanita terutamanya dengan sifat individual dan berani menggayakan personaliti yang ranggi, verstail dan muda.
Antara gaya yang paling digemari Elfira Roy adalah gaya segar dan semulajadi, yang boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan Maybelline New York Clear Smooth BB Stick  Clear. "Ia  menjadikan kulit saya kelihatan hebat sambil menutup cela dan melindungi kulit saya daripada sinaran UV'', kata Elfira.


"Saya sangat menggemarinya kerana membuat saya kelihatan seperti tidak memakai sebarang make up dan menjadikan saya kelihatan segar sepanjang hari.  Ianya mudah untuk digunakan, bagaikan 'make up-dalam-satu", tambahnya.


Maybelline New York bakal mengeluarkan rencana iklan dan kempen menampilkan Elfira Loy bermula April 2012.

Maybe she's born with it.  Maybe it's Maybelline!

Tiada ulasan:

Catat Komen