Nuffnang

Isnin, 25 Jun 2012

Diana Danielle - Google Blog Search

Diana Danielle - Google Blog Search


<b>Diana Danielle</b> Terima Cincin Risik? | OHBULAN!

Posted: 31 May 2012 01:41 AM PDT

Kelibat Diana Danielle yang dihiasi sebentuk cincin emas putih bertatah berlian pada jari manisnya telah menarik minat perhatian media mengenai status dirinya. Apa lagi, pelbagai spekulasi mula bermain di fikiran mengenai status terkini pelakon Jiwa Taiko ini. Ada yang beranggapan bahawa Diana Danielle telah dirisik oleh kekasihnya, Farid Kamil. Tak kurang juga yang mempunyai tanggapan nakal bahawa pelakon ini secara senyap-senyap sudah mendirikan rumahtangga! Aha, gurauan semata-mata.

Malam tadi, Diana Danielle yang sempat diusik manja oleh para media hanya tersenyum sahaja apabila diajukan soalan mengenai cincin tersebut. Dalam nada seloroh, dia menyebut bahawa cincin tersebut adalah pemberian daripada Farid Kamil sempena hadiah ulang tahun hubungan cinta yang ketiga.

Bagaimana pula selepas 3 tahun, tiada rasa nak kahwin ke?

Diana Danielle yang turut ditemani oleh Farid Kamil semasa  tayangan perdana filem Jiwa Taiko malam tadi menyatakan perancangan untuk berkahwin memang ada, tapi tidak janji sama ada perkara baik itu akan berlangsung pada tahun ini, atau tahun depan.

Bagaimana pun, pelakon ini menegaskan bahawa dia akan memaklumkan berita gembira tersebut sebaik sahaja mereka berdua bersedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan