Nuffnang

Isnin, 25 Jun 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Apa masalah <b>Ning Baizura</b>?

Posted: 15 Apr 2012 12:00 AM PDT

Apa masalah Ning Baizura?

GEBANG SYED

BETUL ke Ning Baizura sudah meninggalkan syarikat rakaman gergasi yang menguruskan hal-ehwal album terbarunya itu? Bukan apa sejak kebelakangan ini banyak sangat cerita Ning yang sampai ke telinga Syed.

Ada yang kata Ning tidak berpuas hati dengan pengedaran album solonya itu dan tak kurang juga yang memberitahu Ning memang menghadapi masalah dalaman dengan syarikat tersebut sampai sanggup meninggalkan mereka.

Syarikat tu pula bukan calang-calang sebab semua orang tahu ramai nama-nama besar yang bernaung

dan bikin projek bersama mereka. Habis, tak kan mereka tak boleh selesaikan masalah?

Syed difahamkan Ning bertindak menamatkan kontrak walaupun masih berbaki beberapa bulan. Lantas menyebabkan ramai orang keliling yang mula menyebarkan cerita kononnya ada masalah besar berlaku.

Sebelum ini, ramai juga yang menganggap Ning kecewa kerana album solonya kurang mendapat sambutan peminat dek kerana tenggelam dengan album 3 Suara yang menggabungkan dirinya bersama Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

Tapi Ning dah pun menafikan perkara tersebut. Jadi sekarang Syed tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku pada kedua-dua belah pihak.

Khabarnya Ning sudahpun pergi berbincang dengan syarikat rakaman lain. Apa cerita tu?

Syed: Suka album baru Ning.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan