Nuffnang

Isnin, 25 Jun 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Fauzi Nawawi Ceraikan <b>Lisdawati</b> : Siapa Ayahku|Syira

Posted: 24 Jun 2012 10:35 PM PDT

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
Sempena hari Bapa baru-baru ini, saya sempat melihat Drama Tv2 iaitu Siapa Ayahku. Sebenarnya kebetulan sahaja. Sebab saya memang suka menyaksikan Drama yang jenis air mata ini. Budget saya Drama Siapa Ayahku ini menarik, rupanya biasa sahaja. Jalan cerita juga mendatar.
Tapi sekarang, bukan itu isu saya. Saya musykil dan ingin bertanya kepada yang pakar. Jika siapa ada yang menyaksikan Drama Siapa Ayahku, pasti perasan yang Fauzi Nawawi ceraikan Lisdawati sebagai isterinya supaya isterinya boleh berkahwin dengan adiknya.
Walaupun dalam lakonan tersebut Fauzi tidak melafazkan talak, namun ayat beliau " nanti bila bini aku sudah habis edah, kau bolehlah kahwin dengan dia " , mungkin tiada perkataan cerai disitu, tapi edah memang terang dan tersuluh memang berkaitan dengan cerai.
Saya pun tidak tahu, cuma saya harap pihak pengarah telah bertemu dengan pakar agama sebelum menerbitkan Drama Siapa Ayahku. Takut-takut talak itu terjatuh tanpa sedar. Sebab kita tahu, walaupun dalam lakonan, talak tetap akan jatuh walaupun sekadar untuk berlakon.

Tiada ulasan:

Catat Komen