Nuffnang

Khamis, 7 Jun 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Buat Diana Danielle Menangis Teruk

Posted: 06 Jun 2012 08:36 AM PDT

 Farid Kamil Buat Diana Danielle Menangis Teruk: Benarkah Farid Kamil telah membuatkan Diana Danielle menangis teruk?

Farid Kamil dikatakan telah memberikan sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya Diana Danielle sempena ulangtahun ke 3 percintaan mereka 1 januari 2012 yang lalu.

Pengarah V3 dan Kongsi ini memberitahu beliau telah membuat Diana menangis dengan begitu teruk sebelum memberi satu kejutan kepada kekasihnya itu.

Farid Kamil Buat Diana Danielle Menangis Teruk

"Saya telah cipta satu tekanan buat dia. Kami ada temujanji makan malam, namun saya sengaja memberi pelbagai alasan dengan hadir lambat ke rumahnya. Diana sudah menempah meja di sebuah restoran namun saya sengaja melengah-lengahkan walhal saya memang sudah berada di kawasan rumahnya waktu itu.

"Dia menangis semahu-mahunya dalam telefon kerana saya lambat dan apabila saya sampai sejam kemudian, dia masih menangis dalam kereta. Di restoran, dia memarahi saya atas kelewatan saya dan saya memang merancang sengaja mahu berikannya tekanan sebelum dia menerima cincin itu," ujar Farid berkongsi peristiwa tersebut.

"Bila dah sampai tahap maksima, sebelum saya kena tampar atau sebagainya, saya terus memberi cincin kepadanya. Waktu itu, dia menangis lagi teruk. Ini pertama kali saya beri cincin kepadanya. Sebelum ini saya pernah bagi dia kuda sebagai hadiah hari jadinya dua tahun lepas. Kalau boleh, saya ingin buat dia gembira."

Diana Danielle merupakan salah seorang antara pelakon didalam "Jiwa Taiko" yang bakal ditayangkan dipawagam tak lama lagi.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Farid Kamil Buat Diana Danielle Menangis Teruk, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan