Nuffnang

Khamis, 7 Jun 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Nafi Hina Agama Dalam Bohsia 2

Posted: 21 May 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syaifqah Jalal

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2012: Pengarah, Syamsul Yusof nafi sengaja menghina agama dalam filem terbaru arahannya, Jalan Kembali Bohsia 2 dengan memaparkan adengan seorang mat rempit menengking dan menolak imam di hadapan masjid, sebaliknya ia sekadar untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada penonton.

Malah Syamsul Yusof berkata ia merupakan satu adengan untuk memaparkan kejahilan seorang mat rempit tentang Islam yang tersesat jauh.

"Bagi saya lakonan dan adengan oleh Sofie Jikan sebagai mat rempit yang jahil agama di situ boleh sampai kepada penonton.

"Saya akui babak itu agak berani lebih-lebih lagi ianya dilakonkan di hadapan masjid. Tetapi saya cuba memaparkan realiti hidup sesetengan mat rempit.

"Sebenarnya memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti itu.

"Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan kerana dia hanya menolak bukan menendang seperti asalnya yang saya mahukan.

"Malah, pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah Al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan," katanya selepas majlis tayangan Eksklusif Jalan Kembali Boshia 2 di e@Curve, baru-baru ini.

Dalam adengan yang dimaksudkan, Soffie Jikan yang memegang watak Keting sebagai mat rempit telah meninggikan suara serta mencabar seorang watak imam dan kemudian telah menolaknya dengan kuat.

Sungguh pun begitu, Syamsul akui dia telah menerapkan lebih banyak elemen keIslaman di dalam filem tersebut berbanding filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam yang akan ditayangkan pada 7 Jun ini.

Malah, Syamsul Yusof berkata, Bohsia 2 lebih sarat dengan elemen nasihat dan pengajaran termasuk menggunakan surah Al-Quran bagi menguatkan lagi elemen Islam di dalamnya.

"Ini adalah filem arahan saya yang ketujuh. Sepanjang mengarahkan filem, ini filem saya yang paling banyak menyelitkan elemen keIslaman.

"Dulu saya gunakan juga formula itu dalam filem Khurafat tetapi kali ini unsur keIslaman itu saya selitkan lebih banyak lagi dalam filem aksi sebegini.

"Bukannya senang memaparkan kisah mat rempit dan bohsia dalam filem serta menyuntik elemen islamik di dalamnya. Itu cabaran saya dalam filem ini.

"Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keIslaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton," jelasnya lagi.

Selain Soffie Jikan, filem terbitan Skop Production ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Syamsul dan beberapa pelakon lain seperti Nabila Huda, Zizan Raja Lawak, Salina Saibi, Serina Redzuan dan Harun Salim Bachik.

Bohsia 2 merupakan sekuel atau sambungan kisah filem Bohsia yang mana kali ini memaparkan Amy (Salina Saibi) kali ini akhirnya telah membuka pintu hatinya untuk bertaubat dan insaf.

Sementara Tasya (Nabila Huda) yang masih hanyut telah hidup bersama dengan Keting (Sofie Jikan) selepas putus cinta dengan Muz (Syamsul Yusof).

Namun, Muz akhirnya memilih jalan untuk bertaubat . Mampukah Muz dan Amy mengatasi rintangan yang sering menjadi konflik penghijrahan hidup mereka. Bagaimanakah kesudahan hidup Tasya ? Adakah Keting akan terus menjerumuskan gadis gadis yang lemah pegangan agama ?

Saksikan kesudahan kisah mereka dalam Bohsia 2 yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Jun ini.

Rita Rudani & <b>Syamsul Yusof</b> Berganding Dalam Drama Terbaru <b>...</b>

Posted: 24 May 2012 10:28 AM PDT

Sekuat mana pun kasih sayang dan ikatan sesebuah perkahwinan, namun tidak dapat menandingi kehebatan zuriat terutamanya pertalian darah dari rahim yang sama. Hayati kepasrahan Ameera, walaupun hidup dalam kemewahan tetapi kebahagiaan yang dinikmati akhirnya terjejas apabila mulai terasa kekosongan kerana masih belum dikurniakan anak.

Atas desakan ibu mertua, akhirnya Ameera mencadangkan suaminya mendapatkan isteri kontrak untuk melahirkan anak. Apakah tindakan Ameera akan membawa kebahagiaan ataupun mencetuskan pelbagai masalah dalam rumah tangganya nanti?

Menyusuli Mahabbah, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Murali Abdullah menerusi drama bersiri "Ameera" di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato' Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

Jadi, janganl lepaskan peluang anda untuk menonton drama bersiri ini di TV3!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan