Nuffnang

Khamis, 7 Jun 2012

Shaheizy Sam - Google Blog Search

Shaheizy Sam - Google Blog Search


MPP Online: <b>Shaheizy Sam</b> join K-POP???

Posted: 19 May 2012 12:00 AM PDT

Jika selama ini, kita sering disajikan dengan drama dan filem Korea, kini penonton dan peminat masih boleh menikmati keindahan negara Korea, cuma bezanya, pelakonnya adalah selebriti Malaysia dan menggunakan sepenuhnya dialog Melayu.

Itulah keistimewaan filem Aku Ada, Kau Ada??? arahan Rahila Ali yang dibintangi pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Angah Raja Lawak dan dibantu pendatang baru, Wana Ali, dan Sufi an Ali.

Menjalani hampir 90 peratus penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan tempat-tempat menarik seperti bandar Seoul, Pulau Jeju, penonton pasti akan terpesona dengan keindahan tempat-tempat yang dipaparkan dalam filem ini.

Malah, pujian harus diberikan kepada Rahila kerana berjaya menampilkan syot menarik, pencahayaan yang cukup dan juga 'mood' yang sesuai dengan jalan cerita.

Selain itu, keberanian Rahila untuk menyelitkan babak muzikal termasuk 'video klip' runut bunyi filem ini, patut diberi pujian kerana bukan ramai penerbit dan pengarah berani mengambil risiko untuk menampilkan naskhah yang menyelitkan elemen muzikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan