Nuffnang

Jumaat, 22 Jun 2012

Farid Kamil - Google Blog Search

Farid Kamil - Google Blog Search


<b>Farid Kamil</b> Sudah Merisik Diana Danielle?

Posted: 31 May 2012 12:37 AM PDT

Diana Danielle, aktres muda yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Farid Kamil dikatakan telah dirisik. Sejauh mana kesahihan cerita itu, apa kata anda tersukan membaca.

Awal bulan lepas, pelakon filem Jiwa Taiko ini dikatakan telah lari dari rumah berikutan pertelingkahan yang berlaku antara beliau dan ibunya, Norsiah Ramli. Krisis itu tercetus apabila ibu kepada Diana tidak membenarkan atau lebih tepat lagi tidak merestui hubungan cinta antara Farid Kamil dan Diana Danielle. Benarkah? Mengapa selepas sekian lama tiba-tiba timbul isu ibunya tidak merestui hubungan mereka?

Namun spekulasi itu macam biasa lah, disangkal oleh tuan badan sendiri iaitu Diana Danielle. Beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang masalah dengan ibunya dan berkata, Norsiah hanya tidak larat untuk mengikut beliau kemana -mana dan mungkin itu yang menimbulkan cerita bahawa beliau dan ibunya sedang bergaduh.

Diana Danielle tidak melatah dengan spekulasi itu dan hanya mengaggap ianya sebagai lumrah menjadi artis, tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Apa pun, memetik isu tunjang yang menjadi persoalan pembaca MEOW, benarkah Farid Kamil telah merisik Diana Danielle? Lebih-lebih lagi, sebentuk cincin berlian tersarung manis di jari si pemiliknya iaitu Diana.

Jawab beliau, itu merupakan cincin ulangtahun ketiga pemberian Farid Kamil kepadanya dan bukanlah cincin merisik seperti yang didakwa. Diana juga menerangkan yang hubungan cinta beliau dengan Farid Kamil mempunyai arah dan hala tuju yang baik, cuma belum masa untuk beliau bercakap tentang masa depan yang belum pasti lagi.

Alhamdulillah kalau begitu, mana tahu, agak-agak Diana Danielle dan Farid Kamil juga mahu mengikut jejak artis yang menamatkan zaman bujang pada tahun ini bukan? Hee…

zierazain

Assalamualaikum, Saya menulis berita hiburan tempatan dan juga luar negara berdasarkan sumber yang sah dan sahih dan tidak perlu copy paste artikel di tempat lain ya! I'm also penulis yang langsi di Zierazain.com .

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Tiada ulasan:

Catat Komen