Iqram Dinzly - Google Blog Search |
<b>Iqram Dinzly</b> Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan | Sensasi Selebriti Posted: 19 Jun 2012 11:02 PM PDT GILIRAN IQRAM MEMIKAT PENONTON JJCM Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), salah satu program yang memberikan informasi dan tips serta lokasi menjamu selera, kini sudah pun memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat-tempat atau restoran-restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanahair. Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi), nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012. Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Pn Nurul Aini Abu Bakar, "Alhamdulillah, JJCM terus mendapat sambutan yang menggalakkan dan masih diterima oleh para peminat setia yang menonton untuk mendapatkan sama ada infomasi mahupun tips mengenai destinasi makanan yang sering dikunjungi ramai dan menjadi bualan hangat." "JJCM terus mengorak langkah memasuki fasa baru di mana akan terus bersiaran sebanyak 21 episod untuk musim ini. Peralihan JJCM ke musim baru turut menampilkan muka-muka baru sebagai penerbit dan kru produksi bagi membuka ruang demi meluaskan pengalaman, malah sedikit sebanyak, ianya juga mempengaruhi konsep dan cara penyampaian program berdasarkan kreativiti dan kelainan yang ingin ditampilkan." "Atas sebab itu jugalah Iqram dipilih sebagai hos untuk JJCM musim baru ini. Walaupun baru melebarkan sayapnya ke bidang pengacaraan, kami percaya Iqram mampu memberikan yang terbaik untuk JJCM musim baru ini. Setelah beberapa minggu menjalani rakaman bersama kru produksi JJCM, Iqram nampak komited menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan. Kami yakin kombinasi mantap konsep segar program yang ditonjolkan dan bakat Iqram mampu membawa suntikan positif kepada program ini demi memastikan pengisian program ini sentiasa menarik dan bukan sahaja mendapat tempat di hati penonton, malah kekal relevan dengan peredaran zaman," tambah Pn. Nurul lagi. Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan segmen pertama yang dikenali sebagai 'Lain Macam' yang akan membawa para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakkan setiap juadah pilihan. Ikuti penggembaraan Iqram bersama kru produksi yang akan membawa penonton menjelajah ke destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan yang sememangnya mencari kelainan dan berani mencuba sesuatu yang baru. Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan menerusi segmen kedua, 'Siapa Itu?' di mana Iqram akan ditemani oleh seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan. Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini. Pastinya ramai yang tidak mengetahui bahawa Izreen sangat menggemari makanan Korea seperti yang ditonjolkan dalam episod di mana beliau telah berkunjung ke Korean Street Café, SS15, Subang. Lain pula dengan Aiman yang akan membawa anda menikmati makanan Cina yang lazat di Restoren Gold Chilli yang juga terletak di Subang, manakala Wan Sharmila pula sukakan masakan Melayu di Restoren Shuhaida, Shah Alam. Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga JJCM yang dikenali sebagai 'Jemput Makan'. Dalam setiap episod yang dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi. Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, 'Singgah' yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran bergerak seperti lori "dapur bergerak" yang terletak di jejambat Pusat Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa. Menampilkan Haizren Mohd Esa sebagai Penerbit, pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my Tags: Iqram Dinzly, TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Iqram Dinzly - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan