ramlah ram - Google Blog Search |
<b>Ramlah Ram</b> Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai – Perak <b>...</b> Posted: 20 Jun 2012 01:12 PM PDT
Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan. "Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini. Bagaimanapun kata Ramlah, jika ada jodoh daripada Allah suatu hari nanti, dia tidak akan menolaknya. "Nak kata serik berkahwin tidak sama sekali, namun kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh saya terima sahaja," katanya. Dalam pada itu, Ramlah berkata, walaupun bersendirian dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga. Malah kata Ramlah, keluarganya juga tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada dia. "Anak-anak buah saya ramai untuk menceriakan saya dan membolehkan saya menumpang kasih sayang. Soal kahwin untuk kali kedua tidak pernah menjadi isu kepada saya malah keluarga juga sentiasa berada di belakang menyokong saya," katanya. Sementara itu, Ramlah berkata, dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul Seandainyahasil ciptaan ID Mifzal dan Zie Syafruddin yang pernah menghasilkan lagi Sesaat Kau Datang. Ramlah berkata, dia sangat bersyukur apabila kelab peminatnya iaitu Ramlah Ram Group (RRG) yang telah bertungkus lumus bagi memastikan lagu terbarunya itu siap. "RRG adalah tulang belakang saya yang banyak membantu menghasilkan lagu, promosi, publisiti dan sebagainya untuk saya. Mereka bukan sekadar peminat setia tetapi adalah sahabat baik saya. "Jasa mereka tidak mampu saya balas sehingga akhir hayat," ujarnya. Dalam perkembangan sama, Ramlah memberitahu, RRG juga merancang untuk menghasilkan sebuah album mini yang akan dipasarkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini. Ramlah menjelaskan, sebanyak lima lagu akan dimuatkan dalam album itu nanti seperti Cinta Gila, Benar Mencintai, Sesaat Kau Datang, Seandainya dan Sejadah Cinta. - mStar Online |
You are subscribed to email updates from ramlah ram - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan